Bab
7
5 tahun dulu- Las Vegas, Amerika
Syarikat
“Are you sure you won’t stay here
anymore?”suara Uncle William mengejutkan Ben yang ketika itu
sedang mengelamun jauh. Ben yang sedang mengelamun segera mendongak ke arah
Uncle William. Kedengaran derapan kaki Uncle William menghampirinya lalu duduk
berhadapan dengannya. Wajahnya yang tampak seperti sedang memikirkan sesuatu
yang rumit segera dimaniskan takut Uncle William menyedari perubahan sikapnya.
“Yeah uncle. I think it’s the right
time for me to live on my own. I want freedom.”jelas Ben. Dia
telah menumpang hidup di negara orang sudah sekian lama. Jadi, tibalah masanya
untuknya kembali ke tanah air sendiri. Lagipun sudah terlalu lama dia menetap
di bumi Amerika. Sejak dari kecil lagi dia telah dibawa oleh Unce William dan
berkelana di negara uncle sam itu.
Sejenak Uncle William berjeda. Sebenarnya dia
ragu-ragu samada Ben akan berubah hati dan meninggalkan misi yang telah mereka
rancangkan sejak sekian lama. Kepulangan Ben ke negara asal lebih awal
membimbangkan William seandainya Ben membuat tindakan awal yang boleh
membahayakan dirinya sendiri. Namun, tidak pula ditegah hasrat hati Ben. Kerana
dia tahu yang Ben boleh menjaga dirinya sendiri. Ben sudah dianggap seperti
anaknya sendiri dan telah ditatang seperti minyak yang penuh setelah dia
menyelamatkan Ben daripada satu tragedi silam. “But, I’m sure you won’t forget ‘that’ right?”Uncle William
bertanya tentang pendirian Ben berkenaan perancangan mereka.
Don’t
worry uncle. I have lived my entire life devoted for ‘that’.Ben yang memahami
maksud disebalik kata-kata Uncle William cuba meyakinkannya tentang
pendiriannya. Wajahnya yang tampan segera dimaniskan roman wajahnya untuk
meyakinkan Uncle William.
“I am sure you won’t. Or else your
sacrifice here will be in vain.”Uncle William cuba
mengingatkan Ben sekaligus memberi amaran tentang tujuan asalnya jauh di negara
orang.
“Yeah
right uncle. Don’t worry.”Ben masih cuba meyakinkan Uncle William. Ben sudah
menetapkan hatinya. Dia sudah nekad untuk kembali ke negara asalnya.
“But
then, when is your flight?”suara Uncle William bertanya lagi. Nampak benar dia
risau dengan kepergian Ben pulang ke tanah air.
“Tomorrow
night. But you don’t have to see me depart. I can go alone.”jawab Ben.
Sebenarnya dia tidak mahu Uncle William mengetahui ke mana destinasinya. Ini
kerana dia punya perancangan lain selain pulang ke negara asalnya.
“As
you wish. I won’t bother but always take care.”Uncle William berpesan seperti
bapa menasihati anaknya kerana Ben telah dianggap sebagai anaknya sendiri. Dia
telah menjaga Ben sejak dari kanak-kanak lagi.
“Alright
uncle. Goodnight. I have to finish packing my stuff right now.”Ben berkata
sambil menuju ke arah bagasinya.
“Alright
then. See you next time.”Suara Uncle William meminta diri lalu keluar dari
bilik Ben. Sebaik menghampiri pintu bilik Ben, Uncle William berhenti sejenak
dan memusingkan badannya. “Ben, always take care of yourself. If you need my
help, you know I will always be there for you.”Uncle William sempat memberi
pesanan yang terakhir kepada Ben. Tanpa sempat Ben menjawab, William segera
menapak keluar dari bilik itu meninggalkan Ben keseorangan.
“I
know you won’t Uncle. I know you will always here for me.”Ben bersuara
perlahan. Faham benar dia dengan sikap mengambil berat Uncle William yang sudah
dianggap sebagai bapanya itu. Namun baginya, keprihatinan Uncle William belum
cukup untuk menggantikan kasih sayang seorang ibu dan bapa yang sebenar.
Sejenak
Ben mengeluh sambil mengingatkan sesuatu yang semakin pudar dari ingatannya.
Namun dia masih ingat satu persatu yang terjadi. Sejenak bingkai gambar yang
berada di atas meja segera ditatap. Gambar yang menunjukkan sebuah keluarga
yang bahagia sedang tersenyum manis menimbulkan sebak didadanya. Laju jari
jemarinya mengusap wajah-wajah yang terpampang di dalam gambar itu seolah-olah mereka
wujud di hadapnnya ketika ini. Tanpa disedari air matanya mengalir laju
membasahi pipinya. Tanpa diseka, dia larut dalam kenangan silam yang penuh
kesyahduan.
Deringan
telefon mematikan lamunannya. Setelah memastikan siapa pemanggilnya dia segera
menekan punat ‘answer’. Terukir senyuman di bibirnya apabila mendengar setiap
maklumat yang diberikan.
“Looks
like God is in my side.”dia berkata perlahan sambil tersenyum sinis.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi,
Thailand
Setelah
mengharungi tempoh masa perjalanan yang jauh dan memenatkan dari Amerika ke
Thailand, Ben akhirnya selamat mendarat di lapangan terbang Suvarnabhumi.
Sebaik sahaja dia keluar dari balai ketibaan kelibat seseorang yang
melambai-lambai sambil memgang sekeping kad bertulis namanya menarik
perhatiannya. Lantas dia menapak ke arah itu.
“Hi! Are you Ben?”tanya
lelaki tersebut setelah melihat seseorang berhenti di hadapannya. Sebenarnya
dia kurang mengenali Ben kerana sudah lama tidak bersua muka.
“Yes I am Ben.You must be Joshua?”Ben
memperkenalkan dirinya sambil menanyakan nama lelaki muda di hadapannya.
“Yeah.
Long time no see Ben.Nice to meet you.”Kata Joshua sambil tersenyum.
Sebenarnya Joshua adalah anak kepada kenalan Uncle William dan mereka berdua
sudah berkawan sejak kecil lagi. Namun, setelah bapa Joshua iaitu Uncle Tony
memilih untuk menetap di Thailand, mereka berdua terputus hubungan.
Namun
beberapa bulan kebelakangan ini hubungan mereka kembali terjalin dengan adanya
kemajuan internet dan laman sosial, Ben dapat menjejaki Joshua dan keluarganya.
Dan
kini, Ben menjejakkan kaki ke Thailand adalah untuk memenuhi agenda serampang
dua matanya. Yang pertama adalah untuk melawat Uncle Tony sekeluarga dan yang
kedua dia mempunyai satu misi yang harus diselesaikan. Hubungan persahabatan
yang kembali terjalin antara dia dan Joshua memudahkan urusannya di sini.
“Hmm..Ben
let’s go. Papa must be so eager to meet you.”Joshua bersuara
setelah melihat Ben hanya mendiamkan diri dari tadi.
“Where
is our destination Joshua?”tanya ben setelah Joshua hanya mngajaknya tanpa
memberikan maklumat ke mana hala tuju mereka.
“Of
course to our house. Don’t worry it’s not so far from here.”kata
Joshua setelah melihat muka Ben yang kepenatan. Sebenarnya ada sesuatu yang
mengganggu benaknya. Perbualan dengan informernya beberapa hari lalu bermain di
ingatannya. Melalui maklumat yang didapati oleh informernya membuatkan dia
sanggup menukar tiket kapal terbang ke Bangkok walaupun tujuan asalnya adalah
untuk pulang ke negara asalnya.
“Do
you know Thai Kickboxing Centre?”tanya Ben setelah mengingatkan kembali
tempat yang disebutkan oleh informernya.
“Thai
Kickboxing Centre?”pertanyaan Ben menimbulkan persoalan didalam benaknya.
Thai Kickboxing Centre, Bangkok
Setelah
mendengar pertanyaan daripada Ben, Joshua menanyakan tujuannya untuk ke tempat
itu namun hanya dijawab oleh Ben bahawa dia mempunyai urusan penting sahaja.
Ketika itu hari masih lagi awal. Pusat tersebut masih lagi belum dipenuhi oleh
penonton kerana kebiasaanya pusat itu beroperasi pada waktu malam.
Sebaik
sahaja keluar dari lapangan terbang Suvarnabhumi, Ben menyuruh Joshua ke pusat
ini tanpa mendapat bantahan walaupun Joshua sendiri pelik dengan permintaan
kawannya itu. Tempat tersebut adalah tidak sesuai untuk orang sepertinya.
Joshua tahu yang tempat itu hanya bertopengkan akktiviti yang sihat sedangkan
aktiviti yang berlaku adalah perjudian. Dia tahu tempat itu dikuasai oleh
kongsi gelap yang menjadikan pelacuran dan pengedaran dadah sebagai satu sumber
pendapatan mereka.
Walaupun
sering diserbu, namun pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketiadaan
bukti kukuh yang dapat mengaitkan pusat tersebut dengan aktiviti perjudian
haram. Ini kerana setiap maklumat mengenai serbuan akan sentiasa dilaporkan
oleh pihak polis yang korup. Polis yang mendapat pendapatan sampingan hasil
dengan memberi maklumat mengenai serbuan yang akan dijalankan.
Ketika
itu malam semakin menjelma menabiri langit malam di kota Bangkok. Suasana di
pusat perjudian itu semakin gamat dengan sorakan para pengunjung yang begitu
ghairah menyaksikan pertarungan yang berlangsung. Ketika itu, salah seorang
peserta baru sahaja tersungkur dek penangan lawan yang lebih besar darinya
iaitu Mr. Chainsaw.
“Ben, how long we will be here?”soalan
Joshua mengalihkan perhatian Ben dari terus asyik menjengah ke arah gelanggang.
Ketika itu kedengaran suara Mr. Chainsaw yang
berteriak mencabar mana-mana perserta yang berani bertarung dengannya. Suara
pengacara pertarungan juga sibuk mempromosikan hadiah kemenangan di samping
suara penonton yang bertempik dan bersorak penuh keterujaan.
“Can we wait for a liitle longer
Josh? I have to confirm something.”jawab Ben meminta
Joshua menunggunya untuk seketika lagi. Sebenarnya dia mahu Joshua
meninggalkannya di situ namun disebabkan dia baru sahaja tiba di Thailand dan
berkemungkinan akan sesat, jadi dia memohonnnya untuk tunggu sebentar.
“Yeah I can wait. But please. Tell me
what is the thing that you wanna confirm? Tell me Ben.”suara
Joshua yang seakan-akan mendesak merimaskan Ben. Joshua ketika itu sudah tidak
senang duduk apabila mengingatkan
pertarungan ganas yang berlangsung sebentar tadi.
“Just wait and see Josh.”Jawab
Ben pendek.Ketika itu dia kembali memfokuskan pandangan ke arah gelanggang.
Saat
itu suara pengacara majlis gamat mengumumkan bahawa ada seorang pencabar baru
yang akan menentang Mr. Chainsaw diiringi suara tempikan penonton yang ghairah.
Perhatiannya terarah ke satu sudut gelanggang tersebut.
Ben
dapat melihat pencabar baru itu terkejut apabila diumumkan sebagai pencabar Mr.
Chainsaw. Tapi ketika itu Ben tidak dapat melihat wajahnya kerana membelakangi
tempatnya berada sekarang.
“Ben, let’s go. I don’t wanna see all
this crazy thing. Let’s go. I am sure he’s gonna die. Look at his build”suara
Joshua kedengaran lagi mengganggu fokusnya. Ketika itu Joshua sudah tidak sabar
untuk segera keluar dari tempat itu kerana dia tidak sanggup melihat pencabar
baru itu akan dibelasah.
“Look Josh,be patient. Hold on just
for a while. I wanna focus on this match.”Ben sudah tidak kuasa
menyuruh Joshua untuk bersabar.
Ketika
itu pencabar baru itu sudah berjalan masuk ke tengah gelanggang sambil berdiri
menghadap ke arah tempat Ben sedang berdiri sekarang.
Ketika
itu darah Ben berderau kerana terkejut. Joshua juga sudah tidak keruan.
“Look Josh. Here he is.”Ben
menjawab pendek mengatakan orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Bermakna
maklumat yang diberikan oleh informernya amat tepat sekali. Ben tersenyum dalam
kejutan.
“Wait Ben. Is that…?”Joshua tidak sempat
menghabiskan pertanyaannya.
Sejenak
masing-masing diam membisu akibat terkejut. Kedengaran pencabar baru itu
memperkenalkan namanya.
“My
name is SHADOW”jawabnya sambil diiringi sorakan dan tepukan gemuruh para
penonton.