Prolog
Awan
yang mendung mencurahkan hujan yang lebat menggila bagaikan menangisi nasib
yang menimpa dirinya ketika ini. Dia sedar yang nasibnya tidak sebaik manusia
lain. Dia orang sial, merasakan diri penuh dengan noda dan dosa.
Ingin mencintai dan dicintai namun badai
bagaikan tidak usai melanda dirinya. Dia ingin kehidupan normal bak orang lain
namun dia terperangkap antara realiti dan fantasi yang penuh dengan igauan
ngeri sentiasa menghambat dirinya Dan kini, di hadapannya terkujur satu tubuh
yang amat dikenali dan dicintai dengan sepenuh hatinya. Namun, apa salah
pemilik tubuh itu sehinggakan mendapat celaka sebegitu.
Orang
kata cinta itu buta, tapi manusialah yang membutakan hati untuk menerima cinta
walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hati tetap akan menolak
realiti dan menerima impi yang belum tentu terjamin akan kebenarannya.
Begitulah nasib si pemilik tubuh itu yang lebih mementingkan impi berbanding
realiti. Ah, bodohnya manusia yang sanggup berkorban kerana cinta. Tapi yang
lebih bodoh adalah orang yang tidak tahu menghargai cinta. Memang benar cinta
datang dan pergi. Namun tidak semua orang berhak diberi kesempatan kedua untuk
menebus kesilapan silam.
Begitu
juga dirinya ketika ini. Ingin mencongak nasib diri adakah akan diberi sedikit
peluang untuk menebus dosa lalu. Dia tahu benar yang dia akan sukar mendapat
pengampunan dari si pemilik tubuh yang terbujur kaku itu. Namun, kesilapan
harus diperbetulkan walaupun nyawa menjadi taruhan.
Hujan
telah pun sedikit reda. Dari jauh kedengaran siren kereta polis menghampiri
lokasinya ketika ini. Dia tahu sedikit terlambat akan menjebakkan dirinya
kepada pihak polis walaupun rela dalam terpaksa meninggalkan sekujur tubuh itu.
Dia harus menegakkan keadilan untuk tubuh itu dan keadilan kadangkala
memerlukan nyawa sebagai galang gantinya. Darah yang melumuri tangannya
dijadikan satu semangat untuk memburu satu persatu musuhnya yang telah membuat
angkara.
“Selamat
tinggal sayang”; ucapnya penuh syahdu.
No comments:
Post a Comment