Saturday, August 10, 2019

Dendam Cinta- Bab 6


Bab 6

Bukit Bintang KL-malam ini
Suasana di Full Moon Disko malam itu penuh sesak dengan manusia-manusia yang dahagakan nikmat duniawi tanpa menghiraukan beban dosa yang akan ditanggung. Di serata ceruk disko muda-muda tanpa segan silu berpelukan ambil menari mengikut rentak muzik yang dimainkan.Malah ada juga golongan tua yang masih dahagakan hiburan dunia. Air kencing menjadi hidangan rasmi mereka.  Lelaki-lelaki hidung belang amat menyukai tempat-tempat sebegini memandangkan mereka dapat berhibur sambil menantikan kelembutan belaian gadis-gadis di disko yang inginkan peneman satu malam. Dengan bunyi muzik yang berdentam-dentum amat membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Di satu sudut kelihatan Datuk Yap sedang asyik dibelai manja oleh dua orang perempuan simpanan di kiri dan kanannya, tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Sepasang mata yang diselubungi dendam kesumat menati masa untuk meletuskan amarahnya. Tergambar satu pandangan yang penuh dengan kebencian terpancar dari mata lembaga berselubung hitam itu.

“Kau akan mati hari ini Yap. Sudah lama aku memendam rasa ini.”Lelaki berselubung hitam itu bersuara garau dalam nada merendah. Terukir satu senyuman jahat di wajahnya. Senyuman yang penuh dendam dan kepuasan yang akan tercapai andainya musuh-musuhnya berjaya dihapuskan. Tanpa disedari tangannya yang menggenggam dua pucuk pistol menggeletar akibat menahan perasaan yang membuak-buak.

Dia tahu dia harus bersabar. Menerkam mangsanya di tempat yang penuh dengan manusia lain amat membahayakan dirinya. Walaupun dia tahu manusia-manusia yang berada di tempat sebegitu sudah semestinya orang yang tidak mmpunyai akhlak yang baik. Namun dia telah punya sasaran. Sasaran yang akan dihapuskan. Sekali dia telah menetapkan sasaran, mustahil untuk mangsanya melepaskan diri. Dia ialah SHADOW. Pembunuh upahan yang menyasarkan golongan-golongan elit yang terjebak dalam aktiviti-aktiviti tiga serangkai seperti dadah, pelacuran dan kongsi gelap. Namun malam itu dia tidak mendapat perintah dari kliennya. Dia ada agenda tersendiri. Agenda yang terbangkit akibat peristiwa 25 tahun lampau. Peristiwa yang mencetuskan gelodak perasaan dan amarahnya sehingga kini.

SHADOW. Seorang pembunuh upahan yang amat licik dalam melakukan jenayah. Seorang pembunuh yang amat kejam tanpa meninggalkan apa-apa bukti selepas melakukan pembunuhan kecuali satu identiti iaitu kad bertulis SHADOW yang mengandungi gambar cermin dan imej berselubung hitam di dalam cermin. Imej cermin dan selubung hitam melambangkan sifat peribadi seseorang yang tersimpan kukuh dalam diri mereka. Ianya melambangkan kejahatan yang sedia ada tertanam dalam naluri setiap individu. Dan dia, SHADOW ibarat jelmaan kejahatan mereka.
SHADOW segera menapak keluar dari disko tersebut dan merancang melakukan serbuan nanti. Dia tahu yang mangsanya akan menyewa bilik hotel bajet yang begitu banyak di sekitar Bukit Bintang. Namun, dia juga harus memerhatikan gerak-geri orang-orang suruhan Datuk Yap. Kelihatan lima orang lelaki berkot hitam mengawasi keselamatan Datuk Yap. Dia tahu yang kesemua mereka dilengkapi pistol untuk mempertahankan diri. SHADOW tahu yang nyawanya mungkin akan melayang malam ini. Tapi dia telah nekad. Prinsip hidupnya amat mudah. Sekali mula,lakukan sampai habis.

SHADOW masih menuggu kelibat Datuk Yap untuk keluar dari disko tersebut. Dia amat mengenali perangai golongan sebegitu. Walaupun telah meningkat usia namun hiburan tetap menjadi keutamaan. Dan perempuan sememangnya menjadi peneman. Malam itu dia harus bersabar untuk menjebak mangsanya kearah kehancuran. SHADOW menuggu di celah lorong menghala ke arah satu hotel bajet yang amat terkenal di kalangan golongan elit seperti Datuk Yap. Walaupun mempunyai wang, namun dia bukanlah seorang yang bodoh untuk menyewa hotel-hotel mewah untuk melapiaskan nafsu bersama perempuan-perempuan simpanannya.

Selang lima belas minit kemudian kelihatan kelibat seseorang yang berjalan terhuyung-hayang sambil bergelak tawa dan diapit oleh dua orang perempuan berpakaian menjolok mata. Kelihatan juga lima orang bersut hitam kemas berjalan mengiringi mereka. Kelihatan mata mereka meliar ke serata lorong mengahala ke arah hotel tersebut. Orang suruhan tersebut merupakan pengawal terbaik yang dipilih oleh Datuk Yap untuk menjaga keselamatannya. Datuk Yap tahu ramai yang berdendam malah ingin membunuhnya. Oleh kerana itu dia mengambil langkah berwaspada dengan mengambil pengawal keselamatan terbaik untuk menjaganya.

SHADOW menunggu sejenak untuk memastikan Datuk Yap benar-benar menginap di hotel tersebut sebelum bertindak. Pistol yang disisipkan di pinggang segera diperiksa pelurunya. Malam itu pistol tersebut bakal mengambil nyawa lagi. Setelah berpuas hati dengan senjatanya, SHADOW mengatur langkah berjaga-jaga ke arah hotel tersebut.

Sesampainya di meja pendaftaran hotel tersebut, SHADOW segera menanyakan bilik Datuk Yap namun tauke hotel tersebut jelas tidak ingin membantu. Penampilan SHADOW yang berselubung hitam dan bersuara garau amat meresahkan tauke hotel terbabit. Namun dia berusaha menghilangkan resah itu kerana memikirkan SHADOW hanya ingin bergurau. Apabila SHADOW mengeluarkan pistol, mata tauke hotel terbabit terbeliak kerana ketakutan.Namun SHADOW tidak akan membunuh orang yang bukan menjadi sasarannya kecuali jika nyawanya terancam. Kerana memikrkan keselamatannya, tauke tersebut terpaksa memberikan kerjasama kepada SHADOW. Tanpa menunjukkan sebarang riak perasan, SHADOW melangkah ke arah bilik Datuk YAP.

Kelihatan lima orang pengawalnya sedang berkawal di luar pintu. SHADOW bergerak berhati-hati kearah mereka untuk mengelakkan keraguan. Suasana hotel bajet yang agak bingit membuatkan langkah SHADOW tidak disedari oleh mereka. Dengan pantas SHADOW meluru ke arah mereka bagaikan harimau kelaparan. Dengan gerakan sepantas angin, SHADOW berusaha mematikan langkah mereka dengan niat ingin membuat mereka pengsan tanpa mencederakan mereka. Walaupun dia seorang pembunuh upahan namun dia tidak akan sesekali membunuh orang yang bukan sasaran. Setelah melihat kesemua mereka telah pengsan, SHADOW mengeluarkan dua pucuk pistol yang tersisip kemas di pinggangya. Dua pucuk pistol merupakan simbolik dalam menyelesaikan urusannya. Kerana dua pucuk pistollah rasa amarahnya masih membuak sehingga hari ini.
Dengan sekuat tenaga SHADOW menendang pintu bilik Datuk Yap, seiring dengan bunyi jeritan dua orang perempuan simpanan Datuk Yap.

“Kalau kamu nak hidup lama, keluar dari bilik ni.” SHADOW menggertak kedua-dua orang perempuan tersebut dengan suaranya yang garau dan kasar. Terserlah kebengisannya dari sebalik selubung hitam yang dipakai.

Kedua-dua wanita terbabit tersentak sambil bergegas meninggalkan bilik tersebut. DI wajah mereka terserlah kelegaan kerana terlepas dari cengkaman maut untuk seketika. Kedengaran Datuk Yap mendengus geram dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wanita-wanita terbabit.
“Huh..dasar perempuan bodoh. Berani korang tinggalkan aku..Lan,Carlos mana korang semua ha? Korang semua pun tak guna. Bodoh. Aku bayar korang untuk jaga aku.”Datuk Yap menjerit bagaikan kerasukan. Dia bagaikan mengerti kedatangan lelaki berselubung itu adalah untuk mencabut nyawanya. Namun dengan sikap angkuhnya, dia berpura-pura berani.

“Kau sape ha? Kau nak apa dengan aku? Kalau nak duit aku boleh bagi la.Berapa kau nak?cakaappp cepat.Puihh..”Datuk Yap bersuara kasar sambil meludah ke arah lelaki berselubung hitam itu.
Namun SHADOW hanya berdiri kaku di hadapan Datuk Yap. Wajahnya tiada reaksi. Namun dari getaran badannya menandakan dia tengah mengumpul kesabaran. Kalau tidak mengharapkan kesabaran pasti nyawa Datuk Yap melayang dengan pantas. Namun dia ada satu persoalan yang harus dijawab oleh Datuk Yap sebelum nyah dari muka bumi ini.

“Ko kenal Hasan? Ko ingat Kampung Melur?”.tanya SHADOW dengan nada meninggi.Kesabarannya telah mulai menipis.

“Hasan? Hasan mana ha? Bodoh. Kau ingat dalam dunia ni seorang je aku kenal yang namanya Hasan.”Datuk Yap menjawab dengan kasarnya. Nadanya kedengaran begitu angkuh sekali walaupun nyawanya di hujung tanduk.

“Ko ingat ingat Hasan dari Kampung Melur. Orang yang kau bunuh 25 tahun dahulu? Ingat? Ko ingat Mak Munah?Cakappp”SHADOW bertanya dalam nada menjerit. Kekalutan perasaan dan emosi membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk menghabisi nyawa Datuk yang angkuh itu. Sesekali tangannya memegang kepalanya yang dirasakan berdenyut-denyut.
Pertanyaan SHADOW membuatkan Datuk Yap termangu sendiri. Benaknya bekerja keras untuk mengingati semula nama-nama yang disebutkan.

“Hasan, Munah, Kampung Melur.”tanpa disedari bibir Datuk Yap menyebut satu persatu nama yang telah disebut oleh SHADOW.

Tiba-tiba raut wajah Datuk Yap berubah mendadak. Dari seorang yang tadinya angkuh berubah menjadi seorang penakut. Ya. Datuk Yap memang benar-benar takut. Dia telah berjaya mengingati perihal nama-nama yang disebut oleh SHADOW serta kisah di sebaliknya.
“Ss..ss..siapa kau?”Datuk Yap mengajukan soalan tersebut kepada lelaki di hadapannya itu. Bibirnya kelihatan menggeletar dan tubuhnya berasa seram sejuk. Dia tahu benar kisah di sebalik nama-nama itu beserta kejadian 25 tahun lampau. Namun, sangkanya kejadian itu akan menjadi sejarah dan dia sendiri pun berusaha untuk tidak mengingatinya. Dia masih tidak pasti siapa lelaki di hadapannya itu. Namun dia berusaha untuk merayu nyawanya.

“Aku ialah SHADOW.”jawab SHADOW sambil menggerak-gerakkan pistol di tangannya.

 “Tolong..tolonglah jangan bunuh aku. AKu janji aku akan bagi berapa duit kau nak. Tolonglah kasihani aku”.Datuk Yap merayu kepada SHADOW agar tidak diapa-apakan.
“25 tahun dulu adakah kau mendengar rayuan mereka ha?” SHADOW menjerkah sambil memegang kepalanya. Kepalanya berasa sakit dek kepahitan lampau. Namun dia tidak akan menoktahkan perjuangan memburu mereka-mereka yang membuat onar 25 tahun dahulu.
Datuk Yap masih tidak berpuas hati dengan jawapan SHADOW mengenai namanya. Datuk Yap masih ingin mendapatkan kaitan SHADOW dengan dosa lampaunya.

“Sebenarnya siapa yang upah kau untuk bunuh aku? Berapa dia bayar kau ha? Aku boleh bayar dua kali ganda kalau kau setuju.”Datuk Yap membuat tawaran kepada SHADOW. Walau berapa sekalipun bayaran yang diminta oleh SHADOW akan ditunaikan olehnya. Dia masih ingin hidup dan mengecapi nikmat dunia ini.

“Tiada siapa yang upah aku. Ini adalah tanggungjawab aku.”SHADOW menjawab pendek.
“Maksud aku siapa kau sebenarnya? Apa kaitan kau dengan keluarga Hasan?. Kenapa kau nak bunuh aku?”Datuk Yap bertanya mendatar. DIa berasa amat cemas sekali kerana dia tahu nyawanya pasti melayang tak lama lagi. Dia dapat merasakan yang SHADOW bukanlah seorang yang senang untuk menerima tawaran. Dan dia tahu yang SHADOW amat nekad untuk membunuhnya malam itu.
Sesungguhnya malam itu amat celaka baginya.  Dek kerana dahagakan belaian perempuan simpanannya, dia nekad untuk bermalam di hotel bajet ini. Dan dek kerana hotel bajet ini dia akan terjerumus kedalam kancah maut sebentar lagi. Dia memandang ke arah SHADOW dengan muka meluat. Sebenarnya  dia berusaha untuk melihat wajah SHADOW di sebalik selubungnya. Namun SHADOW dengan pantas menutup mukanya.

Setelah berdiam diri untuk seketika, SHADOW akhirnya membuka suara sambil mengemaskan pistol dalam pegangannya.

“Baiklah. Kalau kau nak tahu aku siapa.Aku boleh bagitahu”SHADOW menjawab ringkas
Jawapan SHADOW membuatkan Datuk Yap termangu seketika. Didalam benaknya asyik memikirkan siapa gerangan manusia berselubung yang ingin membunuhnya itu.
“Aku ialah MALAIKAT MAUTMUUUU”.Serentak dengan jeritan itu, SHADOW melangkah laju mendapatkan Datuk Yap sambil kedua-dua pistol dihalakan tepat ke kepala Datuk Yap. Tanpa menunggu lama, kedengaran dua das tembakan berdentum bersama deruan angin yang memecahkan kepala Datuk Yap sampai mengeluarkan isi otaknya. Kedua-dua pistol tersebut dilengkapi dengan silencer untuk menyerap bunyi tembakan.

Tanpa membuang masa, SHADOW segera mengeluarkan sesuatu dari kocek selubungnya dan meletakkannya di kepala mayat Datuk Yap sambil bergegas meninggalkan tempat kejadian.
Malam itu bandaraya Kuala Lumpur dibasahi darah sekali lagi.

Thursday, August 1, 2019

Dendam Cinta-Bab 5


Bab 5

5 tahun dahulu-Bangkok, Thailand
Pusat judi Thai Kickboxing
Prasert telah menginjak dewasa namun kenangan pahit bersama igauan maut sukar dihakis dari dalam dirinya. Semakin hari semakin bercambah bisa dendam yang mengalir dalam dirinya. Sekarang dia telah menamatkan tempoh perguruan dalam mendalami seni mempertahankan diri negara jiran itu. Namun kehebatannya dalam seni tersebut tidak seiring dengan nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya. Dia menjadi lupa diri.

Seni Muay Thai adalah salah satu mempertahankan diri yang dianggap suci oleh masyarakat Thailand. Malah gurunya Wattana sering berpesan untuk menggunakan seni ini ke arah kebaikan. Namun, darah muda yang bergelodak dalam drinya membuatkan Prasert mengabaikan segala pesanannya.

 Seni Muay Thai adalah satu seni pertarungan yang melibatkan penggunaan siku, lutut dan kaki sebagai senjata yang dominan dalam pertarungan. Seni ini mempunyai susur galur sejarah yang agak panjang dan masyarakat Thailand masih mempraktikkannya sehingga kini sebagai satu aktiviti untuk menyihatkan badan di samping sebagai satu usaha mempertahankan diri. Seni ini adalah satu seni mempertahankan diri yang agak ekstrem namun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Thailand dan juga masyarakat luar.

Prasert yang menganggap dirinya terlalu hebat dalam pertarungan akan mencabar mana-mana orang yang berani bertarung dengannya. Dia menjadi amat sukar untuk di kawal. Dan malam ini, dia berada di Thai Kickboxing Centre di Bangkok untuk mencabar dirinya. Sebenarnya pusat ini merupakan satu pusat perjudian yang agak besar di tengah bandar Bangkok namun sering terlepas dari serbuan pihak polis kerana kerja orang dalam yang menerima rasuah. Pusat ini menjadikan pertarungan sebagai alat untuk pengunjung meletakkan wang pertaruhan.

“Come on, who dare to fight this monster?”suara pengacara pertandingan mencabar mana-mana orang yang berani bertarung dengan seseorang yang berada di tengah-tengah gelanggang.

Prasert yang kebetulan baru memasuki premis judi berkenaan menjenguk ke tengah gelanggang. Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar dan berwajah bengis sedang berkata kesat sambil mencabar orang yang berada di situ. Suara penonton yang hadir menjerit-jerit sambil bertepuk tangan menambahkan keterujaan lelaki tersebut.
“Come on. Show yourself.The winner will get 10000 dollar.”suara pengacara pertarungan itu sekali lagi bergema sambil menyebut wang hadiah kemenangan. 
Suaranya yang parau menggamatkan suasana pusat tinju tersebut yang sudah sedia riuh.
Serentak dengan itu para penonton bersorak bagaikan kegilaan.Prasert yang sedang berjalan masuk ke pusat berkenaan memberhentikan langkahnya.Suara pengacara pertandingan itu menusuk masuk ke benaknya lantas membuatnya terfikir sendiri.

“Kalau aku menang malam ni, bolehlah aku enjoy puas-puas.”Prasert berbicara sendiri. Jumlah wang yang besar telah mengaburi mata hatinya. Prasert tahu dengan wang yang sebanyak itu, dia boleh melakukan banyak benda. Kebiasaanya dia akan menghabiskan masa dengan berhibur bersama perempuan di kelab-kelab malam yang bersepah di Bangkok.
Dek kerana sudah terlalu lama merantau di tempat orang membuatkan dia lupa diri, lupa segalanya. Dia lupa agama dan lupa budaya asalnya. Dia tidak kisah itu semua. Lagipun memang itu keseronokan yang dia pinta selain daripada tujuan asalnya adalah untuk membalas dendam.
Secebis kebaikan yang tertanam dalam dirinya sudah lama hilang sejak dia menjejakkan kaki ke kota Bangkok. Kota yang penuh dengan gejala yang tidak sihat. Dia tahu yang dia tidak akan mendapat hiburan yang serupa jika dia berada di selatan negara itu dan masih berada di bawah pengawasan Wattana. Lantas dia nekad melarikan diri dari gurunya itu.

Sejenak Prasert berfikir-fikir sendiri. Sudah lama dia tidak mendapat wang sebanyak itu. Kali terakhir adalah setahun yang lepas. Namun malam itu dia tidak mendapat laba tapi bala.Dia masih ingat malam yang dianggap celaka baginya.

Imbas kembali
Berdekatan sebuah pusat hiburan di Bangkok
Malam ini Prasert mempunyai satu perancangan yang agak besar. Perancangan yang boleh dianggap bala yang boleh memerangkapnya jika perancangannya dihidu oleh pihak berkuasa. Semalam bersama-sama dua orang sahabatnya Phing dan Kaew, Prasert melarikan diri dari pengawasan Wattana di selatan Thailand lantas menaiki bas untuk ke Bangkok. Mereka punya perancangan yang boleh dianggap satu pekerjaan baru bagi mereka. Pekerjaan yang boleh membuat mereka meringkuk di penjara jikalau tersilap langkah. Namun Prasert tidak mengendahkan itu semua. Keuntungan yang berlipat ganda beserta layanan mesra gadis-gadis Thai bermain di tubir mata. Malam itu dia sudah nekad dek kerana mengharapkan laba yang besar.
Malam itu, setelah menerima panggilan telefon dari klien dan menetapkan tempat pertemuan ketiga-tiga mereka membawa beg sandang yang mengandungi barang yang dipesan oleh klien mereka sambil menunggu klien tersebut di sebuah lorong kecil berdekatan sebuah pusat hiburan terkenal di Bangkok.
“Kau yakin ke klien kita akan datang Prasert?”tanya Kaew dalam Bahasa Thai. Sebenarnya dia takut untuk melakukan kerja berkenaan kerana dia tahu bahana yang mereka akan dapat jikalau tertangkap. Namun disebabkan telah lama mengenali Prasert, terpaksa dia mengikut kemahuannya.
“Kau jangan risau lah. Kejap lagi dia sampai la. Lagipun kita janji pukul berapa? Sekarang kan masih awal lagi.”Prasert cuba menenangkan rakannya yang sedang diamuk resah. Sebetulnya dia juga bimbang andai tertangkap disini. Memang bahana yang menantinya.
Sengaja dia mengajak rakan-rakannya itu tiba awal di tempat yang dijanjikan untuk mengelak dari serbuan pihak berkuasa. Jadi mereka boleh meninjau terlebih dahulu situasi semasa sebelum berlangsungnya jual beli sekejap lagi.

“Entah kau ni Kaew. Janganlah cemas sangat. Aku dan Prasert dah lama buat kerja ni tau. Kau je tak tahu.”Phing sedikit berang dengan kelakuan penakut rakannya itu.
 Sebenarnya sudah banyak kali Prasert dan Phing mengedar dadah di sekitar Bangkok namun tidak pernah tertangkap. Malah gurunya Wattana tidak pernah menyedari ketiadaan mereka berdua di pusat latihannya di selatan. Inilah kali pertama mereka berdua mengajak Kaew, rakan mereka yang agak penakut namun masih setia menemani mereka berdua. Kaew merupakan seorang kawan yang boleh diharap walaupun seringkali dimarahi Phing dan Prasert. Setiap kali itu juga Kaew akan sentiasa mempertahankan ketiadaan Prasert dan Phing apabila ditanya oleh guru mereka, Wattana.

“Syhh..syhh..ada orang datang la. Diam,diam.”Prasert menyampuk percakapan Phing setelah menyedari ada seseorang yang telah menghampiri kawasan tersebut.

Memang benar terdapat satu kelibat seseorang yang sedang menghampiri mereka. Prasert kelihatan berjaga-jaga andai berlaku perkara yang tidak diingini kerana mereka tidak mengenali siapa klien mereka. Boleh jadi anggota polis ataupun ahli kumpulan gangster yang menguasai aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan. Sebenarnya itulah risiko yang harus ditempuhi mereka. Prasert amat faham dengan risiko sedemikian namun kerana dibutakan dengan wang yang melimpah ruah andainya urusan selesai membuatkan mereka tidak mengendahkannya.
Namun, tanpa disedari oleh Prasert dan rakan-rakannya, pihak berkuasa Thailand terlebih dahulu dapat menghidu gejala yang tidak sihat yang sering berlaku di sekitar pusat hiburan itu. Dan mereka bertiga juga tidak mengetahui bahawa tidak jauh dari kawasan tersebut, kedengaran derapan kaki beberapa orang anggota polis berpakaian preman sedang bersiap sedia untuk menyerbu kawasan berkenaan. Sebenarnya kawasan tersebut merupakan kawasan panas bagi aktiviti pengedaran dadah sejak beberapa tahun lalu.
Kedengaran suara orang berteriak sambil Prasert dan rakannya sempat melihat kelibat beberapa orang yang melarikan diri dari kawasan berkenaan. Hal itu menimbulkan tanda tanya mereka bertiga. Kelihatan klien mereka bertempiaran lari meninggalkan tempat itu tanpa sempat membeli dadah dari mereka. Beberapa orang lelaki lain yang berada di lorong tersebut juga melarikan diri dari kawasan tersebut sambil menyebut polis.
“Bodoh.Tak sempat kita nak jual benda ni.”Prasert membentak kasar. Sebetulnya dia amat marah kerana tidak sempat menyerahkan ‘barang’ tersebut kepada klien mereka. Bermakna malam itu mereka tidak mendapat hasil yang diharapkan. Walaupun dia membentak kasar kerana mengetahui kerugian yang ditanggung namun hati kecilnya tetap berasa cemas. Ditangkap polis kerana  mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah yang besar. Hukuman yang dikenakan juga sangat berat.

“Polis ke tu Prasert?” Kaew bertanya cemas.

“Syhh ..diam Kaew. Aku tengah nak fokus ni.”Prasert melarang rakannya berbuat bising. Dengan hatinya yang masih membengkak dia memicingkan matanya ke kejauhan.
Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tembakan yang bertalu-talu bergema di kawasan tersebut. Kedengaran suara sekumpulan manusia yang berteriak mencalar kesunyian malam di lorong tersebut. Suasana yang tadinya sunyi sepi bertukar menjadi kelam kabut.Keadaan ini membuatkan Kaew terketar-ketar.

“Kamu berdua tunggu apa lagi? Jomla lari.”Kaew yang terketar-ketar cuba menarik tangan sahabatnya untuk melarikan diri. Dia tahu bahana yang akan menimpa mereka kalau ditangkap. Kala ini tergambar satu penyesalan yang terukir di wajah Kaew. Dia akui yang dia amat menyesali tindakannya mengikut Prasert dan Phing malam itu. Dek kerana dibutakan dengan wang, dia sanggup meninggalkan guru mereka di selatan. Namun dia tahu penyesalan yang sudah terlalu lambat terbit dalam dirinya hanya sia-sia. Tergambar hukuman yang akan menanti mereka bertiga kelak dan hukuman yang akan dijatuhkan sudah semestinya hukuman mati.

“Cepat lari Prasert, Kaew.Aku rasa polis datang serbu tempat ni.”Phing mengajak sambil memaut lengan Prasert dan Kaew. Dia yang pada awalnya bersikap berani mula kelihatan cemas. Dia juga seperti Kaew. Bukanlah seorang yang berani melakukan kegiatan seperti itu. Namun dek kerana rasa hormatnya kepada Prasert yang telah banyak membantunya dia relakan diri. Sementelah lagi kerana memikirkan habuan yang menanti. Namun sekarang, bukan wang yang bermain di fikirannya. Igauan maut yang bermain di tubir matanya amat meresahkannya.
“Weii.. Jomlah lari. Aku tak nak mati kat tempat ni.”Kaew mendesak lagi apabila melihat Prasert hanya terpaku di tempatnya berdiri dari tadi lagi.

Haa? Jom, jom..Ketika itu Prasert seperti baru tersedar dari lamunan. Dia bergegas melarikan diri bersama-sama rakan-rakannya. Namun tempat tersebut telah pun dikepung. Serta-merta pergerakan mereka bertiga terbejat. Wajah Kaew yang sudah sedia pucat kelihatan semakin pucat setelah melihat beberapa angngota polis bersenjata api mengepung mereka.
 “Kami polis. Jangan bergerak.”Dua orang anggota polis berpakaian preman muncul di sebalik lorong tersebut sambil mengacukan pistol ke arah mereka sambil berteriak dalam Bahasa Thai.
Teriakan dua anggota polis tersebut membuatkan ketiga-tiga mereka berhenti mendadak. Suara anggota polis tersebut berteriak lagi menyuruh mereka mengangkat tangan ke atas. Mereka hanya menurut tanpa banyak membantah.

“Ah sudah. Aku tak nak masuk penjara Prasert, Phing.Aku tak nak kena hukum mati.”Kaew yang ketakutan bersuara sayu. Sungguh ketika itu dia terasa amat menyesal kerana mengikut perancangan temannya. Namun semuanya sudah terlambat. Kelihatan air mata penyesalan mengalir membasahi pipinya. Dadanya yang berdebar-debar semakin berombak kencang kerana menyedari maut yang semakin menghampiri mereka.

“Aku tak nak dihukum. Tolong lah Prasert, Phing.”Kaew merayu-rayu sambil menggerakkan badan kawannya seperti orang sasau. Kerana ketakutan yang teramat sangat, dia tidak sedar apa yang dilakukannya.

“Diam lah bodoh.”Phing dan Prasert bersuara serentak. Tangisan dan rayuan Kaew amat menyesakkan dan mengusutkan fikiran mereka.
“Kau ingat aku pun suka kalau masuk penjara? Kau ingat aku pun nak mati sia-sia? Kalau aku nak mati pun aku nak mati kat tempat aku. Kat negara aku sendiri.”Prasert berkata berang. Saat itu hanya hukuman mati yang terbayang di ruang matanya. Undang-undang Thailand adalah seperti Malaysia yang mempraktikkan hukuman mati kepada pesalah dalam pengedaran dadah. Ketika itu ,fikiran mereka bertiga sudah tidak dapat berfungsi secara normal. Apa yang berada di fikiran mereka ketika itu adalah cara untuk melepaskan diri dari cengkaman polis-polis tersebut.
“Kamu berdua jangan risau. Aku ada rancangan. Aku takkan mengalah sebelum berjuang. Takkan tersungkur sebelum menghunus.”suara Prasert yang seakan-akan berbisik mengurangkan rasa cemas di hati Kaew. Namun membuatkan Phing dan Kaew tertanya-tanya sendiri rancangan apa yang dimaksudkan oleh Prasert. Terlontar satu senyuman sinis di bibir Prasert.
Saat itu, salah seorang anggota polis sedang memberi laporan kepada rakan mereka melalui walkie-talkie. Bermakna mereka kurang memberikan tumpuan kepada mereka bertiga. Saat itu, Prasert bertindak. Dia mengeluarkan sesuatu dari sisipan di pinggangnya.
“Kau dah gila ke Prasert?”Kaew yang terkejut dengan apa yang dipegang oleh Prasert cuba menghalangnya.
Suara Kaew yang sedikit kuat menyedarkan anggota polis tersebut. Anggota polis tersebut sempat melihat sesuatu di dalam pegangan Prasert lantas mereka terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka bertiga.
BAAAAM..BAMMM..dan tubuh mereka terjelepuk ke tanah.




Malam itu- 5 tahun dahulu
Bunyi tembakan yang bertalu-talu digantikan dengan bunyi sorakan dan tepukan orang ramai menyedarkan Prasert dari ingatan lama. Ingatan yang menyaksikan dua orang sahabatnya terkorban. Malam itu dia masih berdiri di luar gelanggang pertarungan di pusat judi tersebut. Kelihatan pengacara pertarungan itu masih mencabar mana-mana orang yang berani bertarung dengan jaguh dari Amerika yang digelar Mr Chainsaw itu.
Namun Prasert masih tidak mempedulikan cabaran dari pengacara pertarungan tersebut. Yang pasti Ingatannya masih lagi mengenangkan dua orang sahabatnya yang terkorban setahun lalu.
“Maafkan aku Phing, Kaew. Kerana aku kamu berdua dapat susah. Kerana aku kamu berdua mati. Kalaulah aku tak ajak kamu berdua malam tu.”Prasert bersuara sayu. Terlontar satu keluhan penyesalan jauh dari lubuk hatinya.Suara orang yang bertempik tidak diendahkannya. Yang pasti dia tenggelam di dalam perasaan bersalahnya kepada dua sahabatnya itu.

Imbas kembali-malam itu (tahun sebelumnya)

Anggota polis yang terkejut dengan suara Kaew yang sedikit kuat terpaksa melepaskan tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada mereka bertiga. Anggota polis tersebut sempat melihat sesuatu didalam pegangan Prasert lantas terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka sebagai langkah mempertahankan diri.

Tembakan yang bertalu-talu itu menembusi batang tubuh Kaew dan Phing namun tidak mengenai tubuh Praset yang ketika itu dilindungi oleh dua sahabatnya itu. Saat itu Prasert mengacukan pistol yang berada dalam pegangannya ke arah anggota polis tersebut sebagai tindakan balas. Hasilnya kedua-dua anggota polis tersebut terkorban malam itu.
Setelah keadaan kembali reda Prasert mendapatkan tubuh kedua-dua sahabatnya yang terkulai sudah tidak bernyawa. Saat itu dia terasa ingin meraung melihat tubuh mereka yang berlumuran darah tidak bernyawa.
“Maafkan aku Phing, Kaew. Maafkan aku. Ni semua salah aku.”Prasert meraung kesedihan sambil mendakap erat tubuh rakannya itu. Air mata kesedihan membasahi wajahnya.
Sesungguhnya dia amat menyayangi kedua-dua sahabatnya itu kerana mereka berdua merupakan rakan awal yang dikenalinya semasa mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Siam.
“Kenapa kamu lindungi aku? Kenapa tak biarkan aku pun mati jugak.”Prasert masih meratapi kematian sahabat-sahabatnya.

“Pr..Prasert, jaga di..diri baik-baik. Jjj..jadilah oo..rang yang bb..baik. Kembalilah kk..kepada gg..guru kk..kita.”Dalam nafas yang turun naik kerana nyawa yang sudah berada di rengkungan sempat lagi Phing menitipkan pesanan.

Wajah Prasert basah lencun dek kehujanan air mata yang sedari tadi tidak berhenti mengalir. Sempat Prasert menolah kearah tubuh Kaew yang terbujur kaku tidak bernyawa di sebelah tubuh Phing. Setelah beberapa ketika tubuh Phing yang ditembusi peluru mengggeletik akibat tidak tertahan kesakitan sakaratulmaut yang dilalui. Tubuh Phing yang lemah akhirnya tidak bergerak-gerak. Tahulah Prasert kedua-dua orang sahabat baiknya telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
“Phing, Kaew, ampunkan aku. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku menyesal.”Dalam kesyahduan Prasert memohon keampunan daripada kedua-dua sahabatnya yang telah pun terbujur kaku.
Saat itu kedengaran langkah beberapa orang yang sedang menghampiri tempat kejadian. Prasert dapat mengagak yang orang yang datang tersebut merupakan anggota polis lain yang terlibat dalam operasi malam itu setelah mendengar bunyi tembakan bertalu-talu tadi.

Prasert terpaksa membuat keputusan yang berat iaitu untuk meninggalkan sahabatnya di situ. Dia harus menyelamatkan dirinya. Dia tidak ingin pengorbanan sahabatnya menjadi sia-sia andai dia tertangkap di situ. Lantas dia bangkit untuk beredar dari situ.
“Maafkan aku sahabat. Selamat tinggal semua.”langkah Prasert terhenti sektika lalu diamemalingkan mukanya ke belakang untuk mengucapkan salam perpisahan buat sahabatnya . Tidak lama kemudian dia hilang di sebalik kegelapan lorong tersebut.

Tidak lama setelah Prasert menghilangkan diri, beberapa anggota polis tiba di tempat kejadian dalam keadaan bersiap-siaga sambil mengacukan pistol masing. Kelihatan ketua operasi malam itu memberi arahan kepada rakan sekerjanya dalam Bahasa Thai untuk memeriksa korban yang terlibat dalam operasi itu.

Malam itu- 5 tahun dahulu
Pusat judi Thai Kickboxing

“Looks like we already have a new challenger.”suara seseorang menyedarkan Prasert dari lamunan ingatan lama.
Serentak dengan suara tersebut, orang ramai bertempik dan bersorak apabila mengetahui ada pencabar baru yang akan menentang Mr.Chainsaw.
Prasert yang ketika itu masih lagi terkesan dengan kenangan lama menjadi keliru dengan perhatian yang diberikan oleh para penonton di situ.Dia dapat melihat perhatian para penonton terarah kepadanya. Sorakan yang bergemuruh terasa bergema di telinganya. Prasert yang ketika itu menyangka perhatian itu diberikan untuk pencabar lain cuba keluar dari tempat tersebut.
“Aku memang nak cari duit. Tapi kalau nak bertarung dengan orang macam tu memang cari nahas.”Prasert mengingatkan dirinya bahawa dia bukan lawan orang yang gagah seperti itu. Sebelum ini dia adalah seorang yang sangat berani melakukan apa-apa sahaja walaupun apabila terpaksa berkorban nyawa sekalipun. Namun setelah kematian kedua-dua orang sahabatnya, dia merasakan kematian itu adalah satu perkara yang amat menakutkan. Lebih-lebih lagi untuk orang seperti dia yang sudah jauh terpesong dari landasan agamanya.

Tetapi langkah kakinya terbejat. Dia di halang oleh beberapa pengawal yang kelihatan gagah perkasa. Pengawal tersebut mengarahkan Prasert untuk masuk ke gelanggang dengan kata-kata yang kasar.
“Go inside the ring or I will blow up your head.”pengawal bermuka bengis itu membentak kasar sambil menunjukkan sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya.
“What? I did not volunteer to be his challenger.” Prasert cuba menafikan bahawa dia ingin menjadi pencabar Mr. Chainsaw.
No. You did not volunteer but nominated.”sebaik menghabiskan kata-kata itu, pengawal itu tersenyum sinis sambil matanya mengarahkan Prasert masuk ke gelanggang.
“Alamak bala apa lagi ni.”saat itu dia terasa menyesal kerana masuk ke tempat seperti itu.
Sejenak Prasert berikthiar mencari jalan untuk melepaskan diri namun tempat tersebut dipenuhi penonton yang ghairah untuk menyaksikan pertarungan sebentar lagi. Tiada tempat untuknya menyusupkan diri.

Kedengaran Mr.Chainsaw mencabar Prasert dengan kata-kata kesat. Seketika Prasert berpaling ke arah lawannya yang membentak-bentak keghairahan.  Penonton juga tidak kurang ghairahnya. Mereka bersorak kegembiraan kerana menyangka Prasert akan mudah dilanyak oleh Mr.Chainsaw yang berganda-ganda lebih besar darinya.  Saat ini dia amat takut dengan maut yang akan menjelma seandainya dia tewas.

“Fight him, kill him.”suara penonton yang inginkan pertarungan yang ganas mengharapkan salah seorang peserta akan mampu membunuh lawannya.
“Come on, you coward.Come here”. Suara Mr.Chainsaw sekali lagi bergema mencabar Prasert seiring dengan suara sorakan orang ramai.
Tanpa boleh menolak takdir yang berada di hadapannya, Prasert mengatur langkah menuju ke dalam gelanggang. Kelihatan suara pemegang wang taruhan sibuk menyuruh para penonton bertaruh atas pemenang pertarungan tersebut.
Ok before the great match start, we should know the name of our new challenger first. Isn’t it?”suara pengacara pertandingan bergema bertanyakan nama Prasert.
“Yeahhh.”Para penonton bertempik.

“Ok Mr.? What is your name?”suara pengacara pertarungan bergema melalui pembesar suara.
“Just call me SHADOW.”jawab Prasert ringkas sambil memandang serius lawan di hadapannya.
Dan pertandingan itu dimulakan sejurus sahaja Prasert memperkenalkan namanya. Dia hanya berserah kepada takdir untuk menentukan nasibnya selepas pertarungan berakhir.