Bab
5
5 tahun dahulu-Bangkok, Thailand
Pusat judi Thai Kickboxing
Prasert
telah menginjak dewasa namun kenangan pahit bersama igauan maut sukar dihakis
dari dalam dirinya. Semakin hari semakin bercambah bisa dendam yang mengalir
dalam dirinya. Sekarang dia telah menamatkan tempoh perguruan dalam mendalami
seni mempertahankan diri negara jiran itu. Namun kehebatannya dalam seni
tersebut tidak seiring dengan nilai kemanusiaan yang ada dalam dirinya. Dia
menjadi lupa diri.
Seni
Muay Thai adalah salah satu mempertahankan diri yang dianggap suci oleh
masyarakat Thailand. Malah gurunya Wattana sering berpesan untuk menggunakan
seni ini ke arah kebaikan. Namun, darah muda yang bergelodak dalam drinya
membuatkan Prasert mengabaikan segala pesanannya.
Seni Muay Thai adalah satu seni pertarungan
yang melibatkan penggunaan siku, lutut dan kaki sebagai senjata yang dominan
dalam pertarungan. Seni ini mempunyai susur galur sejarah yang agak panjang dan
masyarakat Thailand masih mempraktikkannya sehingga kini sebagai satu aktiviti
untuk menyihatkan badan di samping sebagai satu usaha mempertahankan diri. Seni
ini adalah satu seni mempertahankan diri yang agak ekstrem namun mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Thailand dan juga masyarakat luar.
Prasert
yang menganggap dirinya terlalu hebat dalam pertarungan akan mencabar mana-mana
orang yang berani bertarung dengannya. Dia menjadi amat sukar untuk di kawal.
Dan malam ini, dia berada di Thai Kickboxing Centre di Bangkok untuk mencabar
dirinya. Sebenarnya pusat ini merupakan satu pusat perjudian yang agak besar di
tengah bandar Bangkok namun sering terlepas dari serbuan pihak polis kerana
kerja orang dalam yang menerima rasuah. Pusat ini menjadikan pertarungan
sebagai alat untuk pengunjung meletakkan wang pertaruhan.
“Come
on, who dare to fight this monster?”suara pengacara pertandingan mencabar
mana-mana orang yang berani bertarung dengan seseorang yang berada di
tengah-tengah gelanggang.
Prasert
yang kebetulan baru memasuki premis judi berkenaan menjenguk ke tengah
gelanggang. Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar dan berwajah bengis sedang
berkata kesat sambil mencabar orang yang berada di situ. Suara penonton yang
hadir menjerit-jerit sambil bertepuk tangan menambahkan keterujaan lelaki
tersebut.
“Come
on. Show yourself.The winner will get 10000 dollar.”suara pengacara pertarungan
itu sekali lagi bergema sambil menyebut wang hadiah kemenangan.
Suaranya yang
parau menggamatkan suasana pusat tinju tersebut yang sudah sedia riuh.
Serentak
dengan itu para penonton bersorak bagaikan kegilaan.Prasert yang sedang
berjalan masuk ke pusat berkenaan memberhentikan langkahnya.Suara pengacara
pertandingan itu menusuk masuk ke benaknya lantas membuatnya terfikir sendiri.
“Kalau
aku menang malam ni, bolehlah aku enjoy puas-puas.”Prasert berbicara sendiri.
Jumlah wang yang besar telah mengaburi mata hatinya. Prasert tahu dengan wang
yang sebanyak itu, dia boleh melakukan banyak benda. Kebiasaanya dia akan
menghabiskan masa dengan berhibur bersama perempuan di kelab-kelab malam yang
bersepah di Bangkok.
Dek
kerana sudah terlalu lama merantau di tempat orang membuatkan dia lupa diri,
lupa segalanya. Dia lupa agama dan lupa budaya asalnya. Dia tidak kisah itu
semua. Lagipun memang itu keseronokan yang dia pinta selain daripada tujuan
asalnya adalah untuk membalas dendam.
Secebis
kebaikan yang tertanam dalam dirinya sudah lama hilang sejak dia menjejakkan
kaki ke kota Bangkok. Kota yang penuh dengan gejala yang tidak sihat. Dia tahu
yang dia tidak akan mendapat hiburan yang serupa jika dia berada di selatan
negara itu dan masih berada di bawah pengawasan Wattana. Lantas dia nekad
melarikan diri dari gurunya itu.
Sejenak
Prasert berfikir-fikir sendiri. Sudah lama dia tidak mendapat wang sebanyak
itu. Kali terakhir adalah setahun yang lepas. Namun malam itu dia tidak
mendapat laba tapi bala.Dia masih ingat malam yang dianggap celaka baginya.
Imbas kembali
Berdekatan sebuah pusat hiburan di
Bangkok
Malam
ini Prasert mempunyai satu perancangan yang agak besar. Perancangan yang boleh
dianggap bala yang boleh memerangkapnya jika perancangannya dihidu oleh pihak
berkuasa. Semalam bersama-sama dua orang sahabatnya Phing dan Kaew, Prasert
melarikan diri dari pengawasan Wattana di selatan Thailand lantas menaiki bas
untuk ke Bangkok. Mereka punya perancangan yang boleh dianggap satu pekerjaan
baru bagi mereka. Pekerjaan yang boleh membuat mereka meringkuk di penjara
jikalau tersilap langkah. Namun Prasert tidak mengendahkan itu semua.
Keuntungan yang berlipat ganda beserta layanan mesra gadis-gadis Thai bermain
di tubir mata. Malam itu dia sudah nekad dek kerana mengharapkan laba yang
besar.
Malam
itu, setelah menerima panggilan telefon dari klien dan menetapkan tempat
pertemuan ketiga-tiga mereka membawa beg sandang yang mengandungi barang yang
dipesan oleh klien mereka sambil menunggu klien tersebut di sebuah lorong kecil
berdekatan sebuah pusat hiburan terkenal di Bangkok.
“Kau
yakin ke klien kita akan datang Prasert?”tanya Kaew dalam Bahasa Thai.
Sebenarnya dia takut untuk melakukan kerja berkenaan kerana dia tahu bahana
yang mereka akan dapat jikalau tertangkap. Namun disebabkan telah lama
mengenali Prasert, terpaksa dia mengikut kemahuannya.
“Kau
jangan risau lah. Kejap lagi dia sampai la. Lagipun kita janji pukul berapa?
Sekarang kan masih awal lagi.”Prasert cuba menenangkan rakannya yang sedang
diamuk resah. Sebetulnya dia juga bimbang andai tertangkap disini. Memang
bahana yang menantinya.
Sengaja
dia mengajak rakan-rakannya itu tiba awal di tempat yang dijanjikan untuk
mengelak dari serbuan pihak berkuasa. Jadi mereka boleh meninjau terlebih
dahulu situasi semasa sebelum berlangsungnya jual beli sekejap lagi.
“Entah
kau ni Kaew. Janganlah cemas sangat. Aku dan Prasert dah lama buat kerja ni
tau. Kau je tak tahu.”Phing sedikit berang dengan kelakuan penakut rakannya
itu.
Sebenarnya sudah banyak kali Prasert dan Phing
mengedar dadah di sekitar Bangkok namun tidak pernah tertangkap. Malah gurunya
Wattana tidak pernah menyedari ketiadaan mereka berdua di pusat latihannya di
selatan. Inilah kali pertama mereka berdua mengajak Kaew, rakan mereka yang
agak penakut namun masih setia menemani mereka berdua. Kaew merupakan seorang
kawan yang boleh diharap walaupun seringkali dimarahi Phing dan Prasert. Setiap
kali itu juga Kaew akan sentiasa mempertahankan ketiadaan Prasert dan Phing
apabila ditanya oleh guru mereka, Wattana.
“Syhh..syhh..ada
orang datang la. Diam,diam.”Prasert menyampuk percakapan Phing setelah
menyedari ada seseorang yang telah menghampiri kawasan tersebut.
Memang
benar terdapat satu kelibat seseorang yang sedang menghampiri mereka. Prasert
kelihatan berjaga-jaga andai berlaku perkara yang tidak diingini kerana mereka
tidak mengenali siapa klien mereka. Boleh jadi anggota polis ataupun ahli
kumpulan gangster yang menguasai aktiviti pengedaran dadah di kawasan
berkenaan. Sebenarnya itulah risiko yang harus ditempuhi mereka. Prasert amat
faham dengan risiko sedemikian namun kerana dibutakan dengan wang yang melimpah
ruah andainya urusan selesai membuatkan mereka tidak mengendahkannya.
Namun,
tanpa disedari oleh Prasert dan rakan-rakannya, pihak berkuasa Thailand
terlebih dahulu dapat menghidu gejala yang tidak sihat yang sering berlaku di
sekitar pusat hiburan itu. Dan mereka bertiga juga tidak mengetahui bahawa tidak
jauh dari kawasan tersebut, kedengaran derapan kaki beberapa orang anggota
polis berpakaian preman sedang bersiap sedia untuk menyerbu kawasan berkenaan.
Sebenarnya kawasan tersebut merupakan kawasan panas bagi aktiviti pengedaran dadah
sejak beberapa tahun lalu.
Kedengaran
suara orang berteriak sambil Prasert dan rakannya sempat melihat kelibat
beberapa orang yang melarikan diri dari kawasan berkenaan. Hal itu menimbulkan
tanda tanya mereka bertiga. Kelihatan klien mereka bertempiaran lari
meninggalkan tempat itu tanpa sempat membeli dadah dari mereka. Beberapa orang
lelaki lain yang berada di lorong tersebut juga melarikan diri dari kawasan
tersebut sambil menyebut polis.
“Bodoh.Tak
sempat kita nak jual benda ni.”Prasert membentak kasar. Sebetulnya dia amat
marah kerana tidak sempat menyerahkan ‘barang’ tersebut kepada klien mereka.
Bermakna malam itu mereka tidak mendapat hasil yang diharapkan. Walaupun dia
membentak kasar kerana mengetahui kerugian yang ditanggung namun hati kecilnya
tetap berasa cemas. Ditangkap polis kerana
mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah yang besar. Hukuman yang
dikenakan juga sangat berat.
“Polis
ke tu Prasert?” Kaew bertanya cemas.
“Syhh
..diam Kaew. Aku tengah nak fokus ni.”Prasert melarang rakannya berbuat bising.
Dengan hatinya yang masih membengkak dia memicingkan matanya ke kejauhan.
Tidak
lama kemudian kedengaran bunyi tembakan yang bertalu-talu bergema di kawasan
tersebut. Kedengaran suara sekumpulan manusia yang berteriak mencalar kesunyian
malam di lorong tersebut. Suasana yang tadinya sunyi sepi bertukar menjadi
kelam kabut.Keadaan ini membuatkan Kaew terketar-ketar.
“Kamu
berdua tunggu apa lagi? Jomla lari.”Kaew yang terketar-ketar cuba menarik
tangan sahabatnya untuk melarikan diri. Dia tahu bahana yang akan menimpa
mereka kalau ditangkap. Kala ini tergambar satu penyesalan yang terukir di
wajah Kaew. Dia akui yang dia amat menyesali tindakannya mengikut Prasert dan
Phing malam itu. Dek kerana dibutakan dengan wang, dia sanggup meninggalkan
guru mereka di selatan. Namun dia tahu penyesalan yang sudah terlalu lambat
terbit dalam dirinya hanya sia-sia. Tergambar hukuman yang akan menanti mereka bertiga
kelak dan hukuman yang akan dijatuhkan sudah semestinya hukuman mati.
“Cepat
lari Prasert, Kaew.Aku rasa polis datang serbu tempat ni.”Phing mengajak sambil
memaut lengan Prasert dan Kaew. Dia yang pada awalnya bersikap berani mula
kelihatan cemas. Dia juga seperti Kaew. Bukanlah seorang yang berani melakukan
kegiatan seperti itu. Namun dek kerana rasa hormatnya kepada Prasert yang telah
banyak membantunya dia relakan diri. Sementelah lagi kerana memikirkan habuan
yang menanti. Namun sekarang, bukan wang yang bermain di fikirannya. Igauan
maut yang bermain di tubir matanya amat meresahkannya.
“Weii..
Jomlah lari. Aku tak nak mati kat tempat ni.”Kaew mendesak lagi apabila melihat
Prasert hanya terpaku di tempatnya berdiri dari tadi lagi.
Haa?
Jom, jom..Ketika itu Prasert seperti baru tersedar dari lamunan. Dia bergegas
melarikan diri bersama-sama rakan-rakannya. Namun tempat tersebut telah pun
dikepung. Serta-merta pergerakan mereka bertiga terbejat. Wajah Kaew yang sudah
sedia pucat kelihatan semakin pucat setelah melihat beberapa angngota polis
bersenjata api mengepung mereka.
“Kami polis. Jangan bergerak.”Dua orang
anggota polis berpakaian preman muncul di sebalik lorong tersebut sambil
mengacukan pistol ke arah mereka sambil berteriak dalam Bahasa Thai.
Teriakan
dua anggota polis tersebut membuatkan ketiga-tiga mereka berhenti mendadak.
Suara anggota polis tersebut berteriak lagi menyuruh mereka mengangkat tangan
ke atas. Mereka hanya menurut tanpa banyak membantah.
“Ah
sudah. Aku tak nak masuk penjara Prasert, Phing.Aku tak nak kena hukum mati.”Kaew
yang ketakutan bersuara sayu. Sungguh ketika itu dia terasa amat menyesal
kerana mengikut perancangan temannya. Namun semuanya sudah terlambat. Kelihatan
air mata penyesalan mengalir membasahi pipinya. Dadanya yang berdebar-debar
semakin berombak kencang kerana menyedari maut yang semakin menghampiri mereka.
“Aku
tak nak dihukum. Tolong lah Prasert, Phing.”Kaew merayu-rayu sambil
menggerakkan badan kawannya seperti orang sasau. Kerana ketakutan yang teramat
sangat, dia tidak sedar apa yang dilakukannya.
“Diam
lah bodoh.”Phing dan Prasert bersuara serentak. Tangisan dan rayuan Kaew amat
menyesakkan dan mengusutkan fikiran mereka.
“Kau
ingat aku pun suka kalau masuk penjara? Kau ingat aku pun nak mati sia-sia?
Kalau aku nak mati pun aku nak mati kat tempat aku. Kat negara aku
sendiri.”Prasert berkata berang. Saat itu hanya hukuman mati yang terbayang di
ruang matanya. Undang-undang Thailand adalah seperti Malaysia yang
mempraktikkan hukuman mati kepada pesalah dalam pengedaran dadah. Ketika itu
,fikiran mereka bertiga sudah tidak dapat berfungsi secara normal. Apa yang
berada di fikiran mereka ketika itu adalah cara untuk melepaskan diri dari
cengkaman polis-polis tersebut.
“Kamu
berdua jangan risau. Aku ada rancangan. Aku takkan mengalah sebelum berjuang.
Takkan tersungkur sebelum menghunus.”suara Prasert yang seakan-akan berbisik mengurangkan
rasa cemas di hati Kaew. Namun membuatkan Phing dan Kaew tertanya-tanya sendiri
rancangan apa yang dimaksudkan oleh Prasert. Terlontar satu senyuman sinis di
bibir Prasert.
Saat
itu, salah seorang anggota polis sedang memberi laporan kepada rakan mereka
melalui walkie-talkie. Bermakna mereka kurang memberikan tumpuan kepada mereka
bertiga. Saat itu, Prasert bertindak. Dia mengeluarkan sesuatu dari sisipan di
pinggangnya.
“Kau
dah gila ke Prasert?”Kaew yang terkejut dengan apa yang dipegang oleh Prasert
cuba menghalangnya.
Suara
Kaew yang sedikit kuat menyedarkan anggota polis tersebut. Anggota polis
tersebut sempat melihat sesuatu di dalam pegangan Prasert lantas mereka
terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka bertiga.
BAAAAM..BAMMM..dan
tubuh mereka terjelepuk ke tanah.
Malam itu- 5 tahun dahulu
Bunyi
tembakan yang bertalu-talu digantikan dengan bunyi sorakan dan tepukan orang
ramai menyedarkan Prasert dari ingatan lama. Ingatan yang menyaksikan dua orang
sahabatnya terkorban. Malam itu dia masih berdiri di luar gelanggang
pertarungan di pusat judi tersebut. Kelihatan pengacara pertarungan itu masih
mencabar mana-mana orang yang berani bertarung dengan jaguh dari Amerika yang
digelar Mr Chainsaw itu.
Namun
Prasert masih tidak mempedulikan cabaran dari pengacara pertarungan tersebut.
Yang pasti Ingatannya masih lagi mengenangkan dua orang sahabatnya yang
terkorban setahun lalu.
“Maafkan
aku Phing, Kaew. Kerana aku kamu berdua dapat susah. Kerana aku kamu berdua
mati. Kalaulah aku tak ajak kamu berdua malam tu.”Prasert bersuara sayu. Terlontar
satu keluhan penyesalan jauh dari lubuk hatinya.Suara orang yang bertempik
tidak diendahkannya. Yang pasti dia tenggelam di dalam perasaan bersalahnya
kepada dua sahabatnya itu.
Imbas kembali-malam itu (tahun
sebelumnya)
Anggota
polis yang terkejut dengan suara Kaew yang sedikit kuat terpaksa melepaskan
tembakan ke udara untuk memberi amaran kepada mereka bertiga. Anggota polis
tersebut sempat melihat sesuatu didalam pegangan Prasert lantas terpaksa
melepaskan tembakan ke arah mereka sebagai langkah mempertahankan diri.
Tembakan
yang bertalu-talu itu menembusi batang tubuh Kaew dan Phing namun tidak
mengenai tubuh Praset yang ketika itu dilindungi oleh dua sahabatnya itu. Saat
itu Prasert mengacukan pistol yang berada dalam pegangannya ke arah anggota
polis tersebut sebagai tindakan balas. Hasilnya kedua-dua anggota polis
tersebut terkorban malam itu.
Setelah
keadaan kembali reda Prasert mendapatkan tubuh kedua-dua sahabatnya yang
terkulai sudah tidak bernyawa. Saat itu dia terasa ingin meraung melihat tubuh
mereka yang berlumuran darah tidak bernyawa.
“Maafkan
aku Phing, Kaew. Maafkan aku. Ni semua salah aku.”Prasert meraung kesedihan
sambil mendakap erat tubuh rakannya itu. Air mata kesedihan membasahi wajahnya.
Sesungguhnya
dia amat menyayangi kedua-dua sahabatnya itu kerana mereka berdua merupakan
rakan awal yang dikenalinya semasa mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Siam.
“Kenapa
kamu lindungi aku? Kenapa tak biarkan aku pun mati jugak.”Prasert masih
meratapi kematian sahabat-sahabatnya.
“Pr..Prasert,
jaga di..diri baik-baik. Jjj..jadilah oo..rang yang bb..baik. Kembalilah
kk..kepada gg..guru kk..kita.”Dalam nafas yang turun naik kerana nyawa yang
sudah berada di rengkungan sempat lagi Phing menitipkan pesanan.
Wajah
Prasert basah lencun dek kehujanan air mata yang sedari tadi tidak berhenti
mengalir. Sempat Prasert menolah kearah tubuh Kaew yang terbujur kaku tidak
bernyawa di sebelah tubuh Phing. Setelah beberapa ketika tubuh Phing yang
ditembusi peluru mengggeletik akibat tidak tertahan kesakitan sakaratulmaut
yang dilalui. Tubuh Phing yang lemah akhirnya tidak bergerak-gerak. Tahulah
Prasert kedua-dua orang sahabat baiknya telah pergi meninggalkan dia buat
selama-lamanya.
“Phing,
Kaew, ampunkan aku. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku menyesal.”Dalam
kesyahduan Prasert memohon keampunan daripada kedua-dua sahabatnya yang telah
pun terbujur kaku.
Saat
itu kedengaran langkah beberapa orang yang sedang menghampiri tempat kejadian.
Prasert dapat mengagak yang orang yang datang tersebut merupakan anggota polis
lain yang terlibat dalam operasi malam itu setelah mendengar bunyi tembakan
bertalu-talu tadi.
Prasert
terpaksa membuat keputusan yang berat iaitu untuk meninggalkan sahabatnya di
situ. Dia harus menyelamatkan dirinya. Dia tidak ingin pengorbanan sahabatnya
menjadi sia-sia andai dia tertangkap di situ. Lantas dia bangkit untuk beredar
dari situ.
“Maafkan
aku sahabat. Selamat tinggal semua.”langkah Prasert terhenti sektika lalu diamemalingkan
mukanya ke belakang untuk mengucapkan salam perpisahan buat sahabatnya . Tidak
lama kemudian dia hilang di sebalik kegelapan lorong tersebut.
Tidak
lama setelah Prasert menghilangkan diri, beberapa anggota polis tiba di tempat
kejadian dalam keadaan bersiap-siaga sambil mengacukan pistol masing. Kelihatan
ketua operasi malam itu memberi arahan kepada rakan sekerjanya dalam Bahasa
Thai untuk memeriksa korban yang terlibat dalam operasi itu.
Malam itu- 5 tahun dahulu
Pusat judi Thai Kickboxing
“Looks like we already have a new
challenger.”suara seseorang menyedarkan Prasert dari lamunan
ingatan lama.
Serentak
dengan suara tersebut, orang ramai bertempik dan bersorak apabila mengetahui
ada pencabar baru yang akan menentang Mr.Chainsaw.
Prasert
yang ketika itu masih lagi terkesan dengan kenangan lama menjadi keliru dengan
perhatian yang diberikan oleh para penonton di situ.Dia dapat melihat perhatian
para penonton terarah kepadanya. Sorakan yang bergemuruh terasa bergema di
telinganya. Prasert yang ketika itu menyangka perhatian itu diberikan untuk
pencabar lain cuba keluar dari tempat tersebut.
“Aku
memang nak cari duit. Tapi kalau nak bertarung dengan orang macam tu memang
cari nahas.”Prasert mengingatkan dirinya bahawa dia bukan lawan orang yang
gagah seperti itu. Sebelum ini dia adalah seorang yang sangat berani melakukan
apa-apa sahaja walaupun apabila terpaksa berkorban nyawa sekalipun. Namun
setelah kematian kedua-dua orang sahabatnya, dia merasakan kematian itu adalah
satu perkara yang amat menakutkan. Lebih-lebih lagi untuk orang seperti dia
yang sudah jauh terpesong dari landasan agamanya.
Tetapi
langkah kakinya terbejat. Dia di halang oleh beberapa pengawal yang kelihatan
gagah perkasa. Pengawal tersebut mengarahkan Prasert untuk masuk ke gelanggang
dengan kata-kata yang kasar.
“Go inside the ring or I will blow up
your head.”pengawal bermuka bengis itu membentak kasar sambil
menunjukkan sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya.
“What? I did not volunteer to be his
challenger.” Prasert cuba menafikan bahawa dia ingin menjadi
pencabar Mr. Chainsaw.
“No.
You did not volunteer but nominated.”sebaik menghabiskan kata-kata itu,
pengawal itu tersenyum sinis sambil matanya mengarahkan Prasert masuk ke
gelanggang.
“Alamak
bala apa lagi ni.”saat itu dia terasa menyesal kerana masuk ke tempat seperti
itu.
Sejenak
Prasert berikthiar mencari jalan untuk melepaskan diri namun tempat tersebut
dipenuhi penonton yang ghairah untuk menyaksikan pertarungan sebentar lagi.
Tiada tempat untuknya menyusupkan diri.
Kedengaran
Mr.Chainsaw mencabar Prasert dengan kata-kata kesat. Seketika Prasert berpaling
ke arah lawannya yang membentak-bentak keghairahan. Penonton juga tidak kurang ghairahnya. Mereka
bersorak kegembiraan kerana menyangka Prasert akan mudah dilanyak oleh Mr.Chainsaw
yang berganda-ganda lebih besar darinya.
Saat ini dia amat takut dengan maut yang akan menjelma seandainya dia
tewas.
“Fight him, kill him.”suara
penonton yang inginkan pertarungan yang ganas mengharapkan salah seorang
peserta akan mampu membunuh lawannya.
“Come on, you coward.Come here”.
Suara Mr.Chainsaw sekali lagi bergema mencabar Prasert seiring dengan suara
sorakan orang ramai.
Tanpa
boleh menolak takdir yang berada di hadapannya, Prasert mengatur langkah menuju
ke dalam gelanggang. Kelihatan suara pemegang wang taruhan sibuk menyuruh para
penonton bertaruh atas pemenang pertarungan tersebut.
“Ok before the great match start, we should
know the name of our new challenger first. Isn’t it?”suara pengacara
pertandingan bergema bertanyakan nama Prasert.
“Yeahhh.”Para
penonton bertempik.
“Ok
Mr.? What is your name?”suara pengacara pertarungan bergema melalui pembesar
suara.
“Just
call me SHADOW.”jawab Prasert ringkas sambil memandang serius lawan di
hadapannya.
Dan
pertandingan itu dimulakan sejurus sahaja Prasert memperkenalkan namanya. Dia
hanya berserah kepada takdir untuk menentukan nasibnya selepas pertarungan
berakhir.
No comments:
Post a Comment