Bab
6
Bukit Bintang KL-malam ini
Suasana di Full Moon Disko
malam itu penuh sesak dengan manusia-manusia yang dahagakan nikmat duniawi
tanpa menghiraukan beban dosa yang akan ditanggung. Di serata ceruk disko
muda-muda tanpa segan silu berpelukan ambil menari mengikut rentak muzik yang
dimainkan.Malah ada juga golongan tua yang masih dahagakan hiburan dunia. Air
kencing menjadi hidangan rasmi mereka. Lelaki-lelaki
hidung belang amat menyukai tempat-tempat sebegini memandangkan mereka dapat
berhibur sambil menantikan kelembutan belaian gadis-gadis di disko yang
inginkan peneman satu malam. Dengan bunyi muzik yang berdentam-dentum amat
membingitkan telinga sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Di
satu sudut kelihatan Datuk Yap sedang asyik dibelai manja oleh dua orang
perempuan simpanan di kiri dan kanannya, tanpa menyedari ada sepasang mata yang
sedang memerhatikan gerak-gerinya. Sepasang mata yang diselubungi dendam
kesumat menati masa untuk meletuskan amarahnya. Tergambar satu pandangan yang
penuh dengan kebencian terpancar dari mata lembaga berselubung hitam itu.
“Kau
akan mati hari ini Yap. Sudah lama aku memendam rasa ini.”Lelaki berselubung
hitam itu bersuara garau dalam nada merendah. Terukir satu senyuman jahat di
wajahnya. Senyuman yang penuh dendam dan kepuasan yang akan tercapai andainya
musuh-musuhnya berjaya dihapuskan. Tanpa disedari tangannya yang menggenggam
dua pucuk pistol menggeletar akibat menahan perasaan yang membuak-buak.
Dia
tahu dia harus bersabar. Menerkam mangsanya di tempat yang penuh dengan manusia
lain amat membahayakan dirinya. Walaupun dia tahu manusia-manusia yang berada
di tempat sebegitu sudah semestinya orang yang tidak mmpunyai akhlak yang baik.
Namun dia telah punya sasaran. Sasaran yang akan dihapuskan. Sekali dia telah
menetapkan sasaran, mustahil untuk mangsanya melepaskan diri. Dia ialah SHADOW.
Pembunuh upahan yang menyasarkan golongan-golongan elit yang terjebak dalam
aktiviti-aktiviti tiga serangkai seperti dadah, pelacuran dan kongsi gelap.
Namun malam itu dia tidak mendapat perintah dari kliennya. Dia ada agenda
tersendiri. Agenda yang terbangkit akibat peristiwa 25 tahun lampau. Peristiwa
yang mencetuskan gelodak perasaan dan amarahnya sehingga kini.
SHADOW.
Seorang pembunuh upahan yang amat licik dalam melakukan jenayah. Seorang
pembunuh yang amat kejam tanpa meninggalkan apa-apa bukti selepas melakukan pembunuhan
kecuali satu identiti iaitu kad bertulis SHADOW yang mengandungi gambar cermin
dan imej berselubung hitam di dalam cermin. Imej cermin dan selubung hitam
melambangkan sifat peribadi seseorang yang tersimpan kukuh dalam diri mereka.
Ianya melambangkan kejahatan yang sedia ada tertanam dalam naluri setiap
individu. Dan dia, SHADOW ibarat jelmaan kejahatan mereka.
SHADOW
segera menapak keluar dari disko tersebut dan merancang melakukan serbuan
nanti. Dia tahu yang mangsanya akan menyewa bilik hotel bajet yang begitu
banyak di sekitar Bukit Bintang. Namun, dia juga harus memerhatikan gerak-geri
orang-orang suruhan Datuk Yap. Kelihatan lima orang lelaki berkot hitam
mengawasi keselamatan Datuk Yap. Dia tahu yang kesemua mereka dilengkapi pistol
untuk mempertahankan diri. SHADOW tahu yang nyawanya mungkin akan melayang
malam ini. Tapi dia telah nekad. Prinsip hidupnya amat mudah. Sekali
mula,lakukan sampai habis.
SHADOW
masih menuggu kelibat Datuk Yap untuk keluar dari disko tersebut. Dia amat mengenali
perangai golongan sebegitu. Walaupun telah meningkat usia namun hiburan tetap
menjadi keutamaan. Dan perempuan sememangnya menjadi peneman. Malam itu dia
harus bersabar untuk menjebak mangsanya kearah kehancuran. SHADOW menuggu di
celah lorong menghala ke arah satu hotel bajet yang amat terkenal di kalangan
golongan elit seperti Datuk Yap. Walaupun mempunyai wang, namun dia bukanlah
seorang yang bodoh untuk menyewa hotel-hotel mewah untuk melapiaskan nafsu
bersama perempuan-perempuan simpanannya.
Selang
lima belas minit kemudian kelihatan kelibat seseorang yang berjalan
terhuyung-hayang sambil bergelak tawa dan diapit oleh dua orang perempuan
berpakaian menjolok mata. Kelihatan juga lima orang bersut hitam kemas berjalan
mengiringi mereka. Kelihatan mata mereka meliar ke serata lorong mengahala ke arah
hotel tersebut. Orang suruhan tersebut merupakan pengawal terbaik yang dipilih
oleh Datuk Yap untuk menjaga keselamatannya. Datuk Yap tahu ramai yang
berdendam malah ingin membunuhnya. Oleh kerana itu dia mengambil langkah
berwaspada dengan mengambil pengawal keselamatan terbaik untuk menjaganya.
SHADOW
menunggu sejenak untuk memastikan Datuk Yap benar-benar menginap di hotel
tersebut sebelum bertindak. Pistol yang disisipkan di pinggang segera diperiksa
pelurunya. Malam itu pistol tersebut bakal mengambil nyawa lagi. Setelah
berpuas hati dengan senjatanya, SHADOW mengatur langkah berjaga-jaga ke arah
hotel tersebut.
Sesampainya
di meja pendaftaran hotel tersebut, SHADOW segera menanyakan bilik Datuk Yap
namun tauke hotel tersebut jelas tidak ingin membantu. Penampilan SHADOW yang
berselubung hitam dan bersuara garau amat meresahkan tauke hotel terbabit.
Namun dia berusaha menghilangkan resah itu kerana memikirkan SHADOW hanya ingin
bergurau. Apabila SHADOW mengeluarkan pistol, mata tauke hotel terbabit
terbeliak kerana ketakutan.Namun SHADOW tidak akan membunuh orang yang bukan
menjadi sasarannya kecuali jika nyawanya terancam. Kerana memikrkan
keselamatannya, tauke tersebut terpaksa memberikan kerjasama kepada SHADOW.
Tanpa menunjukkan sebarang riak perasan, SHADOW melangkah ke arah bilik Datuk
YAP.
Kelihatan
lima orang pengawalnya sedang berkawal di luar pintu. SHADOW bergerak
berhati-hati kearah mereka untuk mengelakkan keraguan. Suasana hotel bajet yang
agak bingit membuatkan langkah SHADOW tidak disedari oleh mereka. Dengan pantas
SHADOW meluru ke arah mereka bagaikan harimau kelaparan. Dengan gerakan
sepantas angin, SHADOW berusaha mematikan langkah mereka dengan niat ingin
membuat mereka pengsan tanpa mencederakan mereka. Walaupun dia seorang pembunuh
upahan namun dia tidak akan sesekali membunuh orang yang bukan sasaran. Setelah
melihat kesemua mereka telah pengsan, SHADOW mengeluarkan dua pucuk pistol yang
tersisip kemas di pinggangya. Dua pucuk pistol merupakan simbolik dalam
menyelesaikan urusannya. Kerana dua pucuk pistollah rasa amarahnya masih
membuak sehingga hari ini.
Dengan
sekuat tenaga SHADOW menendang pintu bilik Datuk Yap, seiring dengan bunyi
jeritan dua orang perempuan simpanan Datuk Yap.
“Kalau
kamu nak hidup lama, keluar dari bilik ni.” SHADOW menggertak kedua-dua orang
perempuan tersebut dengan suaranya yang garau dan kasar. Terserlah
kebengisannya dari sebalik selubung hitam yang dipakai.
Kedua-dua
wanita terbabit tersentak sambil bergegas meninggalkan bilik tersebut. DI wajah
mereka terserlah kelegaan kerana terlepas dari cengkaman maut untuk seketika.
Kedengaran Datuk Yap mendengus geram dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
wanita-wanita terbabit.
“Huh..dasar
perempuan bodoh. Berani korang tinggalkan aku..Lan,Carlos mana korang semua ha?
Korang semua pun tak guna. Bodoh. Aku bayar korang untuk jaga aku.”Datuk Yap
menjerit bagaikan kerasukan. Dia bagaikan mengerti kedatangan lelaki
berselubung itu adalah untuk mencabut nyawanya. Namun dengan sikap angkuhnya,
dia berpura-pura berani.
“Kau
sape ha? Kau nak apa dengan aku? Kalau nak duit aku boleh bagi la.Berapa kau
nak?cakaappp cepat.Puihh..”Datuk Yap bersuara kasar sambil meludah ke arah
lelaki berselubung hitam itu.
Namun
SHADOW hanya berdiri kaku di hadapan Datuk Yap. Wajahnya tiada reaksi. Namun
dari getaran badannya menandakan dia tengah mengumpul kesabaran. Kalau tidak
mengharapkan kesabaran pasti nyawa Datuk Yap melayang dengan pantas. Namun dia
ada satu persoalan yang harus dijawab oleh Datuk Yap sebelum nyah dari muka
bumi ini.
“Ko
kenal Hasan? Ko ingat Kampung Melur?”.tanya SHADOW dengan nada
meninggi.Kesabarannya telah mulai menipis.
“Hasan?
Hasan mana ha? Bodoh. Kau ingat dalam dunia ni seorang je aku kenal yang
namanya Hasan.”Datuk Yap menjawab dengan kasarnya. Nadanya kedengaran begitu
angkuh sekali walaupun nyawanya di hujung tanduk.
“Ko
ingat ingat Hasan dari Kampung Melur. Orang yang kau bunuh 25 tahun dahulu?
Ingat? Ko ingat Mak Munah?Cakappp”SHADOW bertanya dalam nada menjerit.
Kekalutan perasaan dan emosi membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk menghabisi
nyawa Datuk yang angkuh itu. Sesekali tangannya memegang kepalanya yang
dirasakan berdenyut-denyut.
Pertanyaan
SHADOW membuatkan Datuk Yap termangu sendiri. Benaknya bekerja keras untuk
mengingati semula nama-nama yang disebutkan.
“Hasan,
Munah, Kampung Melur.”tanpa disedari bibir Datuk Yap menyebut satu persatu nama
yang telah disebut oleh SHADOW.
Tiba-tiba
raut wajah Datuk Yap berubah mendadak. Dari seorang yang tadinya angkuh berubah
menjadi seorang penakut. Ya. Datuk Yap memang benar-benar takut. Dia telah
berjaya mengingati perihal nama-nama yang disebut oleh SHADOW serta kisah di
sebaliknya.
“Ss..ss..siapa
kau?”Datuk Yap mengajukan soalan tersebut kepada lelaki di hadapannya itu.
Bibirnya kelihatan menggeletar dan tubuhnya berasa seram sejuk. Dia tahu benar
kisah di sebalik nama-nama itu beserta kejadian 25 tahun lampau. Namun,
sangkanya kejadian itu akan menjadi sejarah dan dia sendiri pun berusaha untuk
tidak mengingatinya. Dia masih tidak pasti siapa lelaki di hadapannya itu.
Namun dia berusaha untuk merayu nyawanya.
“Aku
ialah SHADOW.”jawab SHADOW sambil menggerak-gerakkan pistol di tangannya.
“Tolong..tolonglah jangan bunuh aku. AKu janji
aku akan bagi berapa duit kau nak. Tolonglah kasihani aku”.Datuk Yap merayu
kepada SHADOW agar tidak diapa-apakan.
“25
tahun dulu adakah kau mendengar rayuan mereka ha?” SHADOW menjerkah sambil
memegang kepalanya. Kepalanya berasa sakit dek kepahitan lampau. Namun dia
tidak akan menoktahkan perjuangan memburu mereka-mereka yang membuat onar 25
tahun dahulu.
Datuk
Yap masih tidak berpuas hati dengan jawapan SHADOW mengenai namanya. Datuk Yap
masih ingin mendapatkan kaitan SHADOW dengan dosa lampaunya.
“Sebenarnya
siapa yang upah kau untuk bunuh aku? Berapa dia bayar kau ha? Aku boleh bayar
dua kali ganda kalau kau setuju.”Datuk Yap membuat tawaran kepada SHADOW. Walau
berapa sekalipun bayaran yang diminta oleh SHADOW akan ditunaikan olehnya. Dia
masih ingin hidup dan mengecapi nikmat dunia ini.
“Tiada
siapa yang upah aku. Ini adalah tanggungjawab aku.”SHADOW menjawab pendek.
“Maksud
aku siapa kau sebenarnya? Apa kaitan kau dengan keluarga Hasan?. Kenapa kau nak
bunuh aku?”Datuk Yap bertanya mendatar. DIa berasa amat cemas sekali kerana dia
tahu nyawanya pasti melayang tak lama lagi. Dia dapat merasakan yang SHADOW
bukanlah seorang yang senang untuk menerima tawaran. Dan dia tahu yang SHADOW
amat nekad untuk membunuhnya malam itu.
Sesungguhnya
malam itu amat celaka baginya. Dek
kerana dahagakan belaian perempuan simpanannya, dia nekad untuk bermalam di
hotel bajet ini. Dan dek kerana hotel bajet ini dia akan terjerumus kedalam
kancah maut sebentar lagi. Dia memandang ke arah SHADOW dengan muka meluat.
Sebenarnya dia berusaha untuk melihat
wajah SHADOW di sebalik selubungnya. Namun SHADOW dengan pantas menutup
mukanya.
Setelah
berdiam diri untuk seketika, SHADOW akhirnya membuka suara sambil mengemaskan
pistol dalam pegangannya.
“Baiklah.
Kalau kau nak tahu aku siapa.Aku boleh bagitahu”SHADOW menjawab ringkas
Jawapan
SHADOW membuatkan Datuk Yap termangu seketika. Didalam benaknya asyik
memikirkan siapa gerangan manusia berselubung yang ingin membunuhnya itu.
“Aku
ialah MALAIKAT MAUTMUUUU”.Serentak dengan jeritan itu, SHADOW melangkah laju
mendapatkan Datuk Yap sambil kedua-dua pistol dihalakan tepat ke kepala Datuk
Yap. Tanpa menunggu lama, kedengaran dua das tembakan berdentum bersama deruan
angin yang memecahkan kepala Datuk Yap sampai mengeluarkan isi otaknya.
Kedua-dua pistol tersebut dilengkapi dengan silencer
untuk menyerap bunyi tembakan.
Tanpa
membuang masa, SHADOW segera mengeluarkan sesuatu dari kocek selubungnya dan
meletakkannya di kepala mayat Datuk Yap sambil bergegas meninggalkan tempat
kejadian.
Malam
itu bandaraya Kuala Lumpur dibasahi darah sekali lagi.
No comments:
Post a Comment