Sunday, July 28, 2019

Dendam Cinta- Bab 4


Bab 4

Awak ni reti tak baiki kereta? Jangan pulak macam tikus baiki labu”tanya Anis. Dia was-was samada pemuda di hadapannya memang berkemahiran ataupun tidak membaiki kereta. Nampak gaya macam budak tak habis sekolah. Macam budak bendul pun ada.Tapi fikiran itu hanya terdetik di benaknya. Nak mati kalau cakap macam tu kat pemuda ni.

“Uishhhh cik ni. Duk diam-diam la. Saya tau la buat kerja saya. Dah-dah pergi berehat bawah pokok sana nun. Kat sini panas.Kot-kot hitam pulak cik adik manis ni.”jawab pemuda tersebut.
Memang benar hari itu agak panas dengan matahari yang amat tegak di kepala walaupun waktu masih awal pagi. Dengan kereta yang meragam boleh membuatkan sesiapa pun boleh naik hantu. Ditambah lagi dengan mesyuarat yang mesti dihadiri hari itu membuatkan Anis mengeluh kehampaan. Nasib baiklah ada seorang pemuda yang baik hati memberhentikan kapcai buruknya untuk menolong Anis. Kalau tidak habislah gamaknya.

“Hishhh.Buat hal betul la kereta ni. Padahal baru bulan lepas servis. Ni dah rosak. Ni mesti oang yang buat kerja tu tak buat betul-betul.Geramnya.Dahla aku ada mesyuarat pagi ni. Nasib baik syarikat tu bapak aku punya.Kalau tak mesti dah kena buang kerja. Paling tidak pun kena potong gaji. Adoyai.”Anis membebel sendirian mebuatkan pemuda di hadapannya tergelak lucu.
“Kenapa awak ketawa. Lawak ke tengok orang merana macam ni?”tanya Anis bengang.
“La saya gelak pun salah ke?Lagipun saya rasa Cik ni macam kelakar tapi tengok muka husshhhh,garang kemain.Hahaha”Pemuda tersebut menyambung gelaknya dengan nada mengejek.
Dahlah awak. Awak ikhlas tak nak tolong saya ni? Kalau tak boleh, saya boleh call workshop. Mesti ada yang sudi tolong saya nanti.Anis bertanya dalam nada merendah.Ada riak kesedihan terpamer di wajahnya ketika ini. Sungguh, ia adalah hari yang paling membengangkan dalam hidupnya. Dahlah kereta meragam, sesedap hati pulak pemuda di hadapannya ni ketawakannya. Dahlah nama pun belum tahu. Entah-entah penyamun. Takpun pembunuh upahan.Hisshh, kalau penyangak takkan dia nak tolong aku.”getus hati kecilnya.

“Kau mana tahu. Sekarang ni macam-macam jenis penjenayah pun ada. Pembunuh pun ada muka yang jenis baik-baik tau.Harap-haraplah pemuda ni tak apa-apakan aku. Maklumlah aku ni kan lawa.”Dalam kerisauan sempat lagi benaknya berlucu.

“Ala Cik ni. Saya gurau la tadi. Saya tau la sikit-sikit pasal baiki kereta ni. Lagipun masa belajar kat kolej vokasional dulu saya ada belajar pasal automotive skill ni. Cik jangan risau la. Saya ikhlas nak tolong Cik ni.” Zack menyatakan keikhlasannya. “Lagi satu Cik, saya nak tanya,muka saya ni ada nampak macam muka macam penjahat ke?”Zack bertanya sambil menjongketkan keningnya. Sengaja Zack menduga gadis di hadapannya dengan soalan itu kerana dari pandangan mata wanita itu kepadanya yang penuh dengan riak kerisauan terpancar dari raut wajahnya.

“Hah..err.. mana ada la awak. Takkan saya nak fikir macam tu pulak.Hehehe.Lagipun awak kan dah tolong saya. Takkan lah penjahat nak tolong saya. Kan? Kan?.”Anis bertanya kembali sambil menyengihkan wajahnya menampakkan kecomelan wajahnya. Sebenarnya Anis sekadar bertanya untuk menyedapkan hatinya.

“Takkanlah pemuda ni tau baca isi hati orang. Hissshhh. Bahaya ni”hati Anis menyuarakan kebimbangan.

“Ha, tu duk kutuk saya lagi ke Cik oii?. Ni kereta Cik pon dah siap. Takde masalah besar pon. Nanti Cik kena pergi jugak chek apa-apa yang patut kat workshop. Lagipun saya ni pun bukan terer sangat pasal kereta ni. Masa belajar dulu saya selalu ponteng kelas pergi mencuri. Tu yang muka saya macam penjenayah kan?”Zack menyatakan suara hatinya seakan-akan berjauh hati. DIa sengaja berbuat begitu untuk melihat reaksi wanita di hadapannya itu.

“Saya minta maaf awak. Saya takde niat pun nak fikir macam tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya harap awak sudi maafkan saya.”Anis menyatakan maaf dengan nada merendah. “Dah kenapa pulak aku hari ini. Nak emosi pulak depan mamat ni. Kenal pun tak. Oh ya, baik aku berkenalan dulu dengan dia.”Anis menyatakan tekad.

“Errr. Awak. Saya belum kenal lagi nama awak dan awak pun belum kenal lagi siapa saya kan. Boleh tak saya nak tau nama awak?”Anis teragak-agak bertanya sambil menuggu jawapan dari pemuda tersebut.

“Buat apa Cik nak tau nama saya?Nak pergi repot polis ke? Janganlah Cik. Tak pasal-pasal masuk lokap saya dek tuduhan CIk tu.”Zack bertanya penuh kerisauan.
“Hahaha. Kelakar betul mamat ni.Ada ke patut dia ingat aku nak pergi repot polis. Err.. takla awak saya hanya nak tau nama orang yang dah tolong saya. Lagipun tak manis kalau saya pergi begitu aje kan.”Anis menjelaskan keadaaan sebenar.
Owh, macam tu ke Cik? Nama saya Zack. Cik pulak?

“Saya Anis. Ni kad nama saya. Kalau ada apa-apa bolehlah awak call nombor tu. Lagi satu,saya nak tanya. Tadi sebelum saya minta tolong awak, awak nak ke mana sebenarnya? Laju je saya tengok awak merempit. Tak sayang nyawa erk?”Anis memperkenalkan dirinya sambil mempersoalkan perihal destinasi Zack sebentar tadi. Yelah nampak macam sedang tergesa-gesa je.
“Mmm..Yang tadi tu saya tengah nak cepat pergi kerja. Nampak gayanya saya ni dah kena buang kerja la gamaknya. Lagipun sekarang memang dah lewat sangat dah ni. Bos saya tu bukan boleh berkompromi. Angin semacam je. Haiii..Nasib badan.Tanam anggur lagi la saya ni Cik Anis oii.”Zack menjawab panjang lebar tentang tujuannya pagi tadi.

“Alamak maaf la Zack. Saya memang betul-betul terdesak tadi. Lagipun saya tak tau apa-apa pasal kereta ni. Maaflah ye. Saya betul-betul panik dan tak tahu nak buat apa.Tu yang saya dok lambai-lambai mana la tahu ada orang yang baik nak tolong saya.”Anis menyatakan kekesalannya sambil meminta maaf atas kesalahannya kepada Zack.

“Takpela Cik Anis. Bukan salah Cik pun. Lagipun saya memang nak bantu Cik. Saya tengok tadi bukan main cemas Cik nak mintak tolong.Hehehe..Lupakanlah Cik.Saya boleh cari kerja tempat baru.”Zack ingin berusaha mengurangkan rasa bersalah di hati Anis sambil melihat riak wajah Anis. Tampak riak wajahnya sugul menahan rasa bersalah.

“Betul ke ni Zack? Ya Allah,terima kasih ye. Saya rasa bersalah sangat sebab buat awak hilang kerja. Macam ni la Zack. Kalau awak nak cari kerja baru awak boleh hubungi saya kat nombor tu. Tak pun awak datang je kat syarikat tu di kad tu.”Anis berusaha menebus rasa bersalahnya dengan menawarkan kerja baru di syarikatnya.

“Oh Cik Anis ni pemilik syarikat ni ke? Begini la Cik Anis. Saya nak cari kerja kat tempat lain dulu. Kalau memang betul-betul takde nanti saya call syarikat Cik Anis boleh? Lagipun segan la nak kerja kat syarikat besar macam syarikat Cik Anis ni.”Zack menyatakan suara hatinya. Sungguh dia berasa tidak layak untuk bekerja di syarikat besar. Dia hanya berkelulusan biasa-biasa saja selepas tamat belajar.

“Kalau macam tu takpela Zack. Nanti kalau awak ada masalah apa-apa bolehlah call saya ye. Pasal kerja tu insyaAllah saya akan usahakan untuk awak bekerja di syarikat saya. Tu pun kalau awak sudi lah ye. Kalau takde apa-apa saya nak mintak diri dulu lah ye. Saya ada banyak kerja nak kena buat kat pejabat tu. Terima kasih sekali lagi ye Zack sebab dah tolong saya.”Anis meminta diri sambil mengucapkan terima kasih kepada Zack. Dia amat berterima kasih kepada Zack kerana sudi menolongnya. Kalau nak di harapkan orang lain memang susah sebab sekarang adalah waktu pejabat.
“Sama-sama Cik Anis. Takde hal la. Lagipun kita kan kena tolong menolong sesame manusia kan. Kan ke tolong menolong amalan mulia.”Zack menyatakan kesudiannya sambil tersengih.Saya pun nak kena cari kerja baru ni.

Tokk..Tokk..Tokk..
Ketukan dimuka pintu mematikan lamunan Anis tentang pertemuan pertamanya dengan Zack. Pertemuan yang tidak disengajakan membenihkan ikatan persahabatan. Setelah beberapa hari selepas kejadian keretannya rosak,Zack mengubunginya sambil menyatakan kesudian untuk bekerja di syarikatnya. Dia yang memang menantikan kunjungan Zack amat berbesar hati menerima Zack bekerja. Lagipun dia telah berjanji untuk memberikan kerja kepada Zack.
Tokk..Tokk..Tokk..

Ketukan di pintu sekali lagi bergema sekaligus mematikan terus ingatan Anis terhadap pertemuan dengan Zack untuk seketika. Tanpa berlengah, Anis menyuruhnya untuk masuk.

No comments:

Post a Comment