Bab
4
“Awak ni reti tak baiki
kereta? Jangan pulak macam tikus baiki labu”tanya Anis. Dia was-was samada
pemuda di hadapannya memang berkemahiran ataupun tidak membaiki kereta. Nampak
gaya macam budak tak habis sekolah. Macam budak bendul pun ada.Tapi fikiran itu
hanya terdetik di benaknya. Nak mati kalau cakap macam tu kat pemuda ni.
“Uishhhh
cik ni. Duk diam-diam la. Saya tau la buat kerja saya. Dah-dah pergi berehat
bawah pokok sana nun. Kat sini panas.Kot-kot hitam pulak cik adik manis
ni.”jawab pemuda tersebut.
Memang
benar hari itu agak panas dengan matahari yang amat tegak di kepala walaupun
waktu masih awal pagi. Dengan kereta yang meragam boleh membuatkan sesiapa pun
boleh naik hantu. Ditambah lagi dengan mesyuarat yang mesti dihadiri hari itu
membuatkan Anis mengeluh kehampaan. Nasib baiklah ada seorang pemuda yang baik
hati memberhentikan kapcai buruknya untuk menolong Anis. Kalau tidak habislah
gamaknya.
“Hishhh.Buat
hal betul la kereta ni. Padahal baru bulan lepas servis. Ni dah rosak. Ni mesti
oang yang buat kerja tu tak buat betul-betul.Geramnya.Dahla aku ada mesyuarat
pagi ni. Nasib baik syarikat tu bapak aku punya.Kalau tak mesti dah kena buang
kerja. Paling tidak pun kena potong gaji. Adoyai.”Anis membebel sendirian
mebuatkan pemuda di hadapannya tergelak lucu.
“Kenapa
awak ketawa. Lawak ke tengok orang merana macam ni?”tanya Anis bengang.
“La
saya gelak pun salah ke?Lagipun saya rasa Cik ni macam kelakar tapi tengok muka
husshhhh,garang kemain.Hahaha”Pemuda tersebut menyambung gelaknya dengan nada
mengejek.
Dahlah
awak. Awak ikhlas tak nak tolong saya ni? Kalau tak boleh, saya boleh call
workshop. Mesti ada yang sudi tolong saya nanti.Anis bertanya dalam nada
merendah.Ada riak kesedihan terpamer di wajahnya ketika ini. Sungguh, ia adalah
hari yang paling membengangkan dalam hidupnya. Dahlah kereta meragam, sesedap
hati pulak pemuda di hadapannya ni ketawakannya. Dahlah nama pun belum tahu.
Entah-entah penyamun. Takpun pembunuh upahan.Hisshh, kalau penyangak takkan dia
nak tolong aku.”getus hati kecilnya.
“Kau
mana tahu. Sekarang ni macam-macam jenis penjenayah pun ada. Pembunuh pun ada
muka yang jenis baik-baik tau.Harap-haraplah pemuda ni tak apa-apakan aku.
Maklumlah aku ni kan lawa.”Dalam kerisauan sempat lagi benaknya berlucu.
“Ala
Cik ni. Saya gurau la tadi. Saya tau la sikit-sikit pasal baiki kereta ni.
Lagipun masa belajar kat kolej vokasional dulu saya ada belajar pasal
automotive skill ni. Cik jangan risau la. Saya ikhlas nak tolong Cik ni.” Zack
menyatakan keikhlasannya. “Lagi satu Cik, saya nak tanya,muka saya ni ada
nampak macam muka macam penjahat ke?”Zack bertanya sambil menjongketkan
keningnya. Sengaja Zack menduga gadis di hadapannya dengan soalan itu kerana
dari pandangan mata wanita itu kepadanya yang penuh dengan riak kerisauan
terpancar dari raut wajahnya.
“Hah..err..
mana ada la awak. Takkan saya nak fikir macam tu pulak.Hehehe.Lagipun awak kan
dah tolong saya. Takkan lah penjahat nak tolong saya. Kan? Kan?.”Anis bertanya
kembali sambil menyengihkan wajahnya menampakkan kecomelan wajahnya. Sebenarnya
Anis sekadar bertanya untuk menyedapkan hatinya.
“Takkanlah
pemuda ni tau baca isi hati orang. Hissshhh. Bahaya ni”hati Anis menyuarakan
kebimbangan.
“Ha,
tu duk kutuk saya lagi ke Cik oii?. Ni kereta Cik pon dah siap. Takde masalah
besar pon. Nanti Cik kena pergi jugak chek apa-apa yang patut kat workshop.
Lagipun saya ni pun bukan terer sangat pasal kereta ni. Masa belajar dulu saya
selalu ponteng kelas pergi mencuri. Tu yang muka saya macam penjenayah
kan?”Zack menyatakan suara hatinya seakan-akan berjauh hati. DIa sengaja
berbuat begitu untuk melihat reaksi wanita di hadapannya itu.
“Saya
minta maaf awak. Saya takde niat pun nak fikir macam tu. Saya betul-betul minta
maaf. Saya harap awak sudi maafkan saya.”Anis menyatakan maaf dengan nada
merendah. “Dah kenapa pulak aku hari ini. Nak emosi pulak depan mamat ni. Kenal
pun tak. Oh ya, baik aku berkenalan dulu dengan dia.”Anis menyatakan tekad.
“Errr.
Awak. Saya belum kenal lagi nama awak dan awak pun belum kenal lagi siapa saya
kan. Boleh tak saya nak tau nama awak?”Anis teragak-agak bertanya sambil
menuggu jawapan dari pemuda tersebut.
“Buat
apa Cik nak tau nama saya?Nak pergi repot polis ke? Janganlah Cik. Tak
pasal-pasal masuk lokap saya dek tuduhan CIk tu.”Zack bertanya penuh kerisauan.
“Hahaha.
Kelakar betul mamat ni.Ada ke patut dia ingat aku nak pergi repot polis. Err..
takla awak saya hanya nak tau nama orang yang dah tolong saya. Lagipun tak
manis kalau saya pergi begitu aje kan.”Anis menjelaskan keadaaan sebenar.
Owh,
macam tu ke Cik? Nama saya Zack. Cik pulak?
“Saya
Anis. Ni kad nama saya. Kalau ada apa-apa bolehlah awak call nombor tu.
Lagi satu,saya nak tanya. Tadi sebelum saya minta tolong awak, awak nak ke mana
sebenarnya? Laju je saya tengok awak merempit. Tak sayang nyawa erk?”Anis
memperkenalkan dirinya sambil mempersoalkan perihal destinasi Zack sebentar
tadi. Yelah nampak macam sedang tergesa-gesa je.
“Mmm..Yang
tadi tu saya tengah nak cepat pergi kerja. Nampak gayanya saya ni dah kena
buang kerja la gamaknya. Lagipun sekarang memang dah lewat sangat dah ni. Bos
saya tu bukan boleh berkompromi. Angin semacam je. Haiii..Nasib badan.Tanam
anggur lagi la saya ni Cik Anis oii.”Zack menjawab panjang lebar tentang
tujuannya pagi tadi.
“Alamak
maaf la Zack. Saya memang betul-betul terdesak tadi. Lagipun saya tak tau
apa-apa pasal kereta ni. Maaflah ye. Saya betul-betul panik dan tak tahu nak
buat apa.Tu yang saya dok lambai-lambai mana la tahu ada orang yang baik nak
tolong saya.”Anis menyatakan kekesalannya sambil meminta maaf atas kesalahannya
kepada Zack.
“Takpela
Cik Anis. Bukan salah Cik pun. Lagipun saya memang nak bantu Cik. Saya tengok
tadi bukan main cemas Cik nak mintak tolong.Hehehe..Lupakanlah Cik.Saya boleh
cari kerja tempat baru.”Zack ingin berusaha mengurangkan rasa bersalah di hati
Anis sambil melihat riak wajah Anis. Tampak riak wajahnya sugul menahan rasa
bersalah.
“Betul
ke ni Zack? Ya Allah,terima kasih ye. Saya rasa bersalah sangat sebab buat awak
hilang kerja. Macam ni la Zack. Kalau awak nak cari kerja baru awak boleh
hubungi saya kat nombor tu. Tak pun awak datang je kat syarikat tu di kad
tu.”Anis berusaha menebus rasa bersalahnya dengan menawarkan kerja baru di
syarikatnya.
“Oh
Cik Anis ni pemilik syarikat ni ke? Begini la Cik Anis. Saya nak cari kerja kat
tempat lain dulu. Kalau memang betul-betul takde nanti saya call syarikat Cik
Anis boleh? Lagipun segan la nak kerja kat syarikat besar macam syarikat Cik
Anis ni.”Zack menyatakan suara hatinya. Sungguh dia berasa tidak layak untuk
bekerja di syarikat besar. Dia hanya berkelulusan biasa-biasa saja selepas
tamat belajar.
“Kalau
macam tu takpela Zack. Nanti kalau awak ada masalah apa-apa bolehlah call saya
ye. Pasal kerja tu insyaAllah saya akan usahakan untuk awak bekerja di syarikat
saya. Tu pun kalau awak sudi lah ye. Kalau takde apa-apa saya nak mintak diri
dulu lah ye. Saya ada banyak kerja nak kena buat kat pejabat tu. Terima kasih
sekali lagi ye Zack sebab dah tolong saya.”Anis meminta diri sambil mengucapkan
terima kasih kepada Zack. Dia amat berterima kasih kepada Zack kerana sudi
menolongnya. Kalau nak di harapkan orang lain memang susah sebab sekarang
adalah waktu pejabat.
“Sama-sama
Cik Anis. Takde hal la. Lagipun kita kan kena tolong menolong sesame manusia
kan. Kan ke tolong menolong amalan mulia.”Zack menyatakan kesudiannya sambil
tersengih.Saya pun nak kena cari kerja baru ni.
Tokk..Tokk..Tokk..
Ketukan
dimuka pintu mematikan lamunan Anis tentang pertemuan pertamanya dengan Zack.
Pertemuan yang tidak disengajakan membenihkan ikatan persahabatan. Setelah
beberapa hari selepas kejadian keretannya rosak,Zack mengubunginya sambil
menyatakan kesudian untuk bekerja di syarikatnya. Dia yang memang menantikan
kunjungan Zack amat berbesar hati menerima Zack bekerja. Lagipun dia telah
berjanji untuk memberikan kerja kepada Zack.
Tokk..Tokk..Tokk..
Ketukan
di pintu sekali lagi bergema sekaligus mematikan terus ingatan Anis terhadap
pertemuan dengan Zack untuk seketika. Tanpa berlengah, Anis menyuruhnya untuk
masuk.