Bab
2
10 tahun dulu-Selatan
Thailand
Prasert
masih teringat peristiwa yang amat menakutkan dirinya suatu ketika dahulu.
Peristiwa pertumpahan darah sewaktu dirinya masih kecil memaksanya berhijrah
jauh dari bahaya tangan manusia sekaligus melupakan peristiwa yang terjadi.
Namun, dia berhasrat untuk membalas dendam atas penderitaan yang dialaminya.
Dan
kini, di tempat yang asing baginya, dia berguru dengan seorang tokoh seni bela
diri Muay Thai iaitu Wattana yang sudi mengambilnya sebagai anak murid. Dia
merupakan seorang murid yang amat bekerja keras dengan menjadikan dendam
sebagai alasan utamanya. Namun, gurunya tidak mengetahui niat sebenar Prasert
untuk mendalami seni bela diri yang dianggap suci oleh masyarakat siam itu.
Walaupun
Prasert orang asing, namun dia tidaklah terasa asing bergaul dengan murid-murid
Wattana yang lain. Salah satu sebabnya ialah dia seorang yang fasih berbahasa
Thai.
Prasert
teringat ketika kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi siam. Ketika itu dia
baru sahaja kehilangan orang yang tersayang. Lantas dia membawa diri dengan
menerobos masuk melalui jalan haram untuk ke sempadan. Ketika itu dia tidak
punya apa-apa. Hanya membawa diri sehelai sepinggang. Ketika itu dia
nyaris-nyaris ditangkap oleh pihak polis Malaysia yang berkawal di sempadan
antara Malaysia dan Thailand. Sejenak peristiwa lampau menjengah ingatan.
15 tahun sebelumnya
–sebuah negeri di pantai timur Malaysia
Suasana
di kampung itu pada hari tersebut tiada beza dengan hari-hari yang lain. Tetap
tenang dan damai dengan para penduduk yang saling membantu antara satu sama
lain. Ketika itu Prasert baru berumur 7 tahun.
Semuanya bermula apabila dia menyaksikan satu
pembunuhan ngeri sebuah keluarga yang tinggal di hujung kampung tersebut.
Kebetulan pada ketika itu diabaru sahaja merancang untuk melastik burung
didalam semak berdekatan rumah tersebut.
Ketika
sedang melastik, dia terdengar bunyi bising tayar mendecit seperti dbrek
mengejut berdekatan rumah tersebut.Lantas, dia memberanikan diri untuk
mendekatinya. Dia seperti terkena renjatan elektrik apabila melihat kelibat
tiga orang lelaki yang berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol sedang
mencekak leher seorang lelaki tua.
Lelaki
itu diterajang tanpa belas kasihan. Tanpa disedari air matanya menitis apabila
melihat kejadian itu. Dia tidak dapat mendengar dengan teliti apa yang diminta
oleh lelaki-lelaki itu, namun dia tahu nyawa mereka dalam bahaya. Prasert
terfikir untuk meminta pertolongan daripada orang kampung namun, kakinya seakan
terpaku. Dia hanya mampu melihat suami isteri itu diperlakukan bagaikan
binatang oleh lelaki-lelaki tersebut.
Selang
beberapa minit kemudian, salah seorang daripada mereka berkata sesuatu kepada
orang tua tersebut selepas dia menghabiskan perbualan di telefon. Dia dapat
melihat raut wajah kedua-dua orang tua tersebut yang terkejut mendengar ayat
yang keluar dari mulut lelaki itu.Seketika kemudian Prasert melihat suami
isteri itu memeluk anak mereka namun tidak jelas di matanya wajah anak mereka kerana
mereka membelakanginya.
Tidak
lama selepas itu, Prasert melihat mereka diheret ke halaman rumah dan
dibaringkan di atas tanah. Dia dapat melihat wajah kedua-dua orang tua tersebut
yang lemah dan bergenang air mata.Tiba-tiba dua pucuk pistol dihalakan ke
kepala mereka dan dua letupan terletus. Sekelip mata tubuh kedua-duanya
terkulai. Prasert sempat menutup mulutnya akibat terkejut dengan kejadian yang
tidak disangka-sangka itu. Dalam keadaan itu, dia masih sempat melihat anak
kedua-dua pasangan itu yang pengsan akibat kejutan melampau. Tanpa menunggu
lama, kesemua mereka bergegas meninggalkan tempat kejadian.
Tanpa
dia sedari ada seseorang yang melihatnya sedang mengintip kejadian tersebut.
No comments:
Post a Comment