Friday, July 26, 2019

Dendam Cinta- Bab 3


Bab 3

Hari ini-pinggir bandar Kuala Lumpur
Pagi itu keadaan agak huru hara disebabkan Zack terlewat untuk keluar bekerja. Zack yang ketiduran selepas solat Subuh hanya mampu melepaskan keluhan hampa. Sebenarnya Zack bukanlah jenis orang yang akan tidur semula selepas Subuh. Namun disebabkan keletihan emosi kerana mimpi yang sentiasa menghambatnya membuatkan dia terlelap setelah selesai solat.

“Habislah aku nanti kena marah dengan cik Anis. Dia tu dahlah garang. Harap mukanya je lawa tapi garang macam singa. Ni kalau tak kena pecat mesti kena potong gaji. Adoyaii.”Zack merepek sendirian menapak keluar rumah sambil mengheret motor kapcai buruknya. Hanya harta itulah yang dia ada untuk bergerak ke hulu ke hilir.

“Setakat hari ini motor bertuah ni tak pernah buat hal. Harap-harap hari ni pun macam tulah. Dahlah aku ni dah lambat nak pergi kerja. Tolonglah wahai kapcai burukku”.Vroomm
.
 “Alhamdulillah”, Zack mengucap kesyukuran apabila kapcainya tak meragam hari itu.
Setibanya di pejabat, masing-masing mengerling ke arah Zack dengan muka menyindir dan menyampah. Mana tidaknya Zack selalu datang lambat dan pelbagai alasan diberikan. Namun Zack tidak mengendahkan semua itu. Zack dengan pantas bergegas ke arah receptionist untuk menanyakan perihal cik bos yang garang itu. Seorang receptionist muda bernama Amira amat dikenalinya. Seorang yang masih muda dan sangat peramah orangnya. Sebab itulah Zack selalu suka mengusik Amira.

“Hai Cik Amira. Cik Anis dah sampai ke belum?”tanya Zack sambil tersengih-sengih bagaikan kerang busuk.
“Hai apa hai? Assalamualaikum la. Cik Anis kesayangan awak tu dah sampai dan dah lama sampai. Dia ada cari awak tadi Zack dan muka dia memang garang sangat-sangat bila dia tahu awak belum sampai dan dia minta awak segera ke biliknya kalau awak dah sampai” Amira menjawab sambil menaik-naikkan keningnya seolah-olah menakut-nakutkan Zack.
Oh ye ke Amira? Habislah saya kena pecat nanti. Aduyai. Ni la akibatnya kalau terlajak tidur selepas subuh. Doakanlah saya ye Amira. Harap-haraplah Cik Anis tak pecat saya. Kalau tak macam mana saya nak cari kerja kat tempat lain. Kalau potong gaji pon takpelah.

Jangan risau la Zack. Cik Anis tu memang garang tapi hati baik tau. Haha. Kelakar la awak Zack. Syuh, syuh pergi la bilik Cik Anis sekarang.”Amira segera menghalau Zack ke bilik Cik Anis. Kalau lama-lama bersidai kat receptionist ni memang kerja pun tak siap.

Yela-yela .Nak pergi la ni. Apela nasib diriku yang malang.”Zack sempat berseloroh sambil menghayun kakinya dengan langkah yang berat ke bilik Cik Bos.
Amira hanya sempat mengeleng kepala melihat tingkah laku Zack yang lurus bendul itu. Walaupun lurus bendul tapi kerja selalu tip top dan solat terjaga. Zaman sekarang memang susah nak cari lelaki macam tu.

Zack segera menapak ke arah bilik Cik Anis sambil berdoa agar tidak dimarahi oleh bosnya tu. Dia tidak segera mengetuk pintu malah sedang berkira-kira untuk masuk atau pun tak.Sambil berdoa Zack sempat menelek penampilannya hari itu. Dengan berseluar jeans lusuh berkemeja dibutangkan sampai ke tengkuk bersama dengan cermin mata bersaiz besar mungkin amat melucukan di mata orang. Pernah dahulu ada seseorang yang memangginya budak dungu dan bodoh. Dia tahu itu namun dia amat suka penampilannya itu. Cik Anis pun tak pernah mempersoalkan segala penampilannya dan tak pernah ambil tahu pasal hidupnya. Lagipun dia hanya mat despatch dan tak perlu nak menjaga penampilan sangat.”

“Tak apalah asalkan dapat mengaburi mata orang lain dan dapat menutup segala memori silam yang amat pahit untuk dikenang”’hatinya bersuara tenang.


CIK ANIS BINTI DATUK KAMAL
Nama bosnya Cik Anis terpampang di depan pintu. Zack masih ragu-ragu untuk mengetuk pintu bilik bosnya itu. Lagipun Zack diberitahu yang Cik Anis ada tetamu sekarang. Sambil dia mengelamun tiba-tiba pintu bilik bosnya dibuka dari dalam. Keluar seorang lelaki yang kacak bergaya bersut hitam dan memakai kaca mata hitam. Orangnya sangat ranggi dan nampak begitu maskulin. Lelaki tersebut memandang Zack atas bawah seolah-olah mengejek ketrampilan Zack yang tidak sekacak mana itu.Tiada langsung sifat mesra yang ditunjukkan oleh tetamu Cik Anis itu kepadanya.
“Uish, ni kalau anak-anak dara kat luar sana tengok pasti akan terpikat ni. Bukan setakat anak dara, mak-mak datin pun boleh buat anak ikan ni.Hahaha”Zack tertawa sendirian.
“Ehem, ehem, ehem, kenapa tergelak sorang-sorang ni Zack? Dah buang tebiat ke?”Cik Anis menegur mematikan lamunan Zack.

“Ah sudah, bila masa lah Cik Anis ada kat belakang aku ni?”Zack termangu sendiri. Dia menlan liurnya sambil perlahan-lahan wajahnya dihadapkan ke arah bosnya.
“Errrr...errr... tak ada apa-apa lah Cik Anis. Saya teringat kucing saya nak beranak kat rumah, hehehe,”Zack menjawab dengan lawak bodohnya. “Ah, lawak ke tak lawak jawapan aku tu bukannya Cik Anis tau pun aku ada kucing ke tak kat rumah” Zack bermonolog sambil memikirkan baik buruk jawapannya tadi.

“Owh, kucing nak beranak rupanya? Bukan bini nak beranak? Sebab tu ke awak lewat hari ni?”Cik Anis berpura-pura marah sambil menunjukkan memek muka yang bengis. Sebenarnya Anis sahaja nak mengusik pemuda di hadapannya. Entah kenapa apabila melihat muka Zack yang gelisah bila dimarahi begitu mencuit hatinya. Anis bukanlah ingin mengambil kesempatan atas sikap Zack yang bodoh-bodoh alang itu, namun dia ingin sekadar bergurau menceriakan suasana. Entah kenapa Anis dapat merasakan yang Zack begitu istimewa di matanya. Baginya, Zack bukanlah seorang yang dungu seperti yang selalu orang perkatakan. Dia dapat merasakan yang Zack telah melalui tempoh-tempoh yang sukar dalam hidupnya. Tidak mungkin dia akan menanyakan hal peribadi sebegitu kepada Zack. Dan belum tentu Zack akan sudi untuk berkongsi masalah dengannya.

“Emmmm...Sebenarnya saya terlajak tidur Cik Anis. Tu yang terlambat sampai.Lepas tu jalan pulak jem. Saya minta maaf Cik Anis. Lain kali saya janji tak buat lagi.Tolong jangan pecat saya. Kalau Cik Anis pecat saya macam mana saya nak cari duit belanja. Lagipun nak cari kerja kat KL ni bukannya senang sekarang ni.Tolonglah Cik Anis, lagipun saya nak kena tanggung perbelanjaan nenek saya kat kampong lagi.”Zack menjelaskan punca kelewatannya sambil merayu dengan panjang lebar agar dimaafkan.

“Dah, dahlah tu Zack. Panjang pulak awak punya rayuan ye.Saya hanya tanya kenapa awak lewat je. Ni tidak, kalau dibuat karangan boleh penuh satu muka surat dengan rayuan awak.” Cik Anis mengendurkan suara sambil sempat menelek muka kasihan Zack.
Anis baru menyedari yang sejak dari tadi lagi mereka hanya berbual di muka pintu biliknya sahaja. Kelihatan beberapa orang pekerja bawahan yang sempat menjenguk ke arah Zack dengan muka meluat. Untuk tidak menjatuhkan air muka Zack, Anis menjemput Zack masuk ke biliknya.
“Zack, rasanya kita sambung rayuan awak tu kat bilik saya lah ye. Sebenarnya ada sesuatu saya nak bagitau awak ni.”Dengan pantas Anis mengajak Zack ke biliknya. Kalau berlama-lama di luar entah apa yang akan digosipkan pasal Zack. Mesti kata nista dan cacian yang akan didengarnya. Bukan dia tidak tahu, semua orang tidak sukakan Zack. Bagi mereka Zack seorang budak bodoh tanpa pelajaran dan tidak layak bekerja di syarikat itu walaupun hanya sebagai mat despatch.

“Ah apa aku kisah.Syarikat ni bapak aku punya dan dia dah amanahkan kepada aku untuk menerajui syarikat ni. Aku boleh ambik sesiapa sahaja bekerja untuk aku,”Anis bermonolog sendirian tanpa disedari sepasang mata sedang memandangnya dengan penuh asyik.
“Wah, lawa jugak Cik Anis ni. Kalau dia suka aku mesti aku suka dia balik.Hahaha.Tapi sayang, kuat mengelamun. Ni kalau dah kahwin habislah aku nanti.Hikhikhik”Tapi tadi dia kata ada sesuatu nak bagitau aku.Sekarang dia pulak mengelamun. Ish, ish, ish.”Zack menyatakan isi hatinya sambil cuba mengejutkan Anis dari lamunan panjangnya.

“Cik, Cik Anis. Dah kenapa Cik Anis ni? Tadi kata ada benda nak bagitau saya. Sekarang Cik Anis pun kuat mengelamun ke?”Zack berusaha memecahkan lamunan Anis dengan memetik jarinya. “Ni kalau sentuh kan haram pulak”, Zack berfikir.
“Ahhhhhh”.Anis menjerit tiba-tiba.Tetapi tidak lama kemudian matanya yang bulat itu tekebil-kebil saat menyedari Zack sedang memandangnya.
“Syhhhhhhhhhh”, diam Cik Anis. Kenapa menjerit tiba-tiba ni? Nasib baik saya tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lama jalan.”Zack menenangkan dirinya sambil mengurut-ngurut dadanya dek terperanjat.

“Oh, maaf,maaf Zack. Saya tak sengaja menjerit tadi. Saya betul-betul terkejut tadi sebab tu saya menjerit. Hehehe, maafkan saya Zack.”Anis meminta maaf sambil tersengih-sengih menutup malu. Wajahnya sedikit kemerahan menahan malu sambil wajahnya memandang ke arah Zack yang cuba menyembunyikan rasa geli hatinya. Sejenak hatinya mengeluh kesal kerana sempat mengelamun di depan Zack.

“Ada pulak macam tu ye Cik Anis. Hahaha. Tak apalah Cik. Tadi Cik kata ada benda nak bagitau saya. Apa dia tu?” Zack menanyakan tujuan asal dia disuruh datang ke bilik bosnya.
“Oh pasal tu ye Zack. Sebenarnya saya nak minta awak hantarkan dokumen kat syarikat Kasuri Holding.Pastikan awak hantar sekarang sebab dokumen ni penting untuk usahasama terbaru syarikat kita dengan mereka. Saya dah bagitahu setiausaha Datuk Razwan pasal kedatangan awak nanti.”Anis memberitahu secara ringkas tentang tugas Zack pada hari itu.

“InsyaAllah Cik Anis. Saya akan cuba selesaikan kerja ni sebaik mungkin.”janji Zack. Sekilas dia memandang jam di tangannya. “Baru pukul 10.30 pagi baik pergi sekarang”,desis hatinya.
“Terima kasih Zack.Hati-hati bawak moto tu.Jangan nak merempit je kerjanya”kata Anis sambil tersenyum. Dia tahu benar yang budak-budak muda sekarang suka bawa moto macam pelesit.Tapi tidak pula dia tahu perihal Zack.

Tanpa berlengah Zack mengambil dokumen yang berada di tangan Cik Anis lantas meminta diri untuk segera beredar dan memulakan kerjanya. Anis hanya melihat Zack melulu keluar dari biliknya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Macam-macam,”getus hatinya.

No comments:

Post a Comment