Tuesday, July 23, 2019

Dendam Cinta -Bab 1


Bab 1

25 tahun dahulu
Suasana yang tenang menjadi kelam kabut dengan kehadiran 3 orang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan beberapa laras pistol menyerbu masuk kerumahnya. Kedengaran esak tangis ibunya yang menghalang lelaki-lelaki itu mengasari ayahnya. Salah seorang lelaki berpakaian serba hitam itu mengherdik dengan kasar kepada ayahnya.

“Woi Hasan, kau memang cari nahas ya? Kau tau tak dengan siapa kau main api ha? Kat mana kau sembunyikan duit kitorang? Cakap, cepat cakap kalau tak aku bunuh keluarga kau”Herdik lelaki yang berpakaian hitam yang bernama Man sambal mencekak rambut Pak Hasan.
Dengan keadaan yang sangat lemah dan darah tersembur dari mulutnya, Pak Hasan menguatkan semangat menafikan tuduhan itu. “Aku tak ambil duit korang. Itu duit haram dan benda haram tak diredhai Tuhan”balas Pak Hasan.

“Kurang ajar kau Hasan. Kau ingat kitorang main-main ke? Kalau kau tak cakap memang kitorang akan seksa keluarga kau sampai kau cakap”marah seorang lagi lelaki berpakaian serba hitam itu. Lelaki itu kelihatan lebih bengis dan gagah daripada Man.
Belum pun sempat Man menegah kawannya itu, lelaki itu terlebih dahulu mencekak rambut Mak Munah. Suasana yang sudah sedia ada haru biru menjadi semakin kacau dengan esak tangis dan jeritan Zack yang ketika itu hanya berusia 5 tahun. Zack yang ketika itu sedang memeluk ibunya tercampak ke lantai apabila lelaki bengis itu merentap ibunya dari pegangannya. 

“Wei mangkuk, kita nak peras ugut Hasan bukannya nak bunuh diorang ni”Man yang ketika itu cemas melihat Botak merentap leher Mak munah segera menegahnya. Man tahu yang keadaan akan menjadi semakin buruk. Dia tahu benar perangai si Botak ni kalau dah terdesak apa sahaja akan dilakukannya.

“Ah kau diam la Man. Tadi kau jugak yang cakap nak bunuh keluarga diorang kalau si jahanam ni tak cakap mana duit tu.”marah Botak sambal menjegilkan matanya.
Keadaan menjadi semakin cemas apabila Botak mengeluarkan sepucuk pistol jenis Glock sambal mengacukan kearah Mak Munah.
“Cepat cakap Hasan. Kat mana kau sorok duit tu?” Ugut Botak sambil mengacukan pistol tepat ke kepala Mak Munah.

“Jangan, jangan bunuh isteri aku.Jangan bunuh anak aku.Jangan ganggu keluarga aku. Aku memang tak tahu apa-apa pasal duit tu.” Pak Hasan yang terkejut melihat Botak mengacukan pistol kekepala isterinya segera berteriak.
“Hahahaha. Kau ingat aku nak percaya ke kebohongan kau ni? Datuk dah cakap memang kau yang ambil duit dia. Sekarang kitorang datang nak menuntut duit tu. Tapi kau jangan risau Hasan. Aku takkan bunuh anak kau. Aku nak anak ko terseksa melihat orang yang dia sayang mati kat depan mata dia.Hahahahahaha”Botak ketawa sambal menggeleng-gelengkan kepalanya. Ketawanya yang agak menyeramkan dengan suara yang amat garau amat menakutkan Zack.
Walaupun Zack baru kanak-kanak namun dia amat mengerti yang nyawa keluarganya berada dihujung tanduk. Dia tahu itu. Namun dengan kudratnya yang hanya seorang budak 5 tahun apalah yang boleh dilakukannya.

“Datuk, kau cakap? Datuk mana ni?”Pak Hasan bertanya sambil menahan bisa kesakitan dibelasah oleh Botak dan kawan-kawannya itu.
“Datuk mana lagi” Berapa orang Datuk kau kenal Hasan? Hahahahaha”. Ejek Botak sambil ketawa.

Kedengaran lelaki berpakaian serba hitam ketiga yang sedari tadi hanya mendiamkan diri menghampiri Botak dan Man sambil memegang telefon bimbit.Lelaki itu membisikkan sesuatu ke telinga Botak sambil Botak segera mengambil telefon dari lelaki itu.
“Kau tengok Hasan. Kau telah mengecewakan Datuk . Kau tetap akan mampus tak kira kau bagitau atau tak. Hahahaha”.kata Botak setelah menamatkan perbualan di telefon. Mukanya yang berparut ditambah lagi dengan matanya yang merah mencerlang menambahkan lagi gerun dihati Pak Hassan. Apa yang dirisaukan sekarang adalah keselamatan isteri dan anaknya.
“Jangan Botak. Aku mintak maaf.Tolong jangan bunuh isteri aku.Tolong jangan apa-apakan anak aku. Kalau kau nak bunuh, bunuh aku saja.”Pak Hasan bersuara untuk kali terakhir untuk menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.

Dah terlambat Hasan. Aku dah pun dapat arahan daripada Datuk untuk bunuh kamu berdua. Anak kau ni kau jangan risau. Datuk tak bagi bunuh sebab dia tahu tak ada apa yang budak hingusan ni boleh buat kat dia.”Botak mencelah sambil menunjukkan muka yang menjengkelkan kepada Zack.
“Mak, ayah” Zack hanya mampu merengek kesedihan melihat wajah ibu bapanya. Walaupun dia belum mengerti apa itu mati, namun dia dapat merasakan perpisahan hakiki yang akan menjelma sebentar nanti.

Pak Hasan menggagahkan dirinya menghampiri Zack. Dengan kudrat yang masih tersisa dan dengan nafas yang tercungap-cungap, Pak Hasan mengheret tubuhnya kearah Zack. Pak Hasan tahu bahawa itu adalah pertemuan terakhir bersama anak dan isterinya di muka bumi ini. Dengan air mata yang membasahi muka dan darah yang keluar dari rongga tubuhnya, Pak Hasan membisikkan sesuatu kepada Zack, Sambil Zack mengangguk tanda faham. Mak Munah yang ketika itu berada tidak jauh dari Zack dan Pak Hasan segera menghampiri dan memeluk mereka. Tiada ungkapan yang bisa terluah dari bibir Mak Munah. Hanya ketakutan akan kematian yang bakal menjengah dan kekecewaan tidak dapat bersama anaknya sahaja yang terzahir di wajahnya.
Tiba-tiba Botak menghampiri keluarga malang itu sambil mencekak rambut Pak Hasan dan Mak Munah. “Udah-udahlah nak berdrama air mata sangat kat sini. Kejap lagi korang akan mati.hahahaha”Botak merencatkan suasana perpisahan itu dengan ugutan yang pasti akan menakutkan semua makhluk yang bernyawa.

Dengan tubuh dan wajah dipenuhi lebam akibat dibelasah Botak dan konco-konconya, Pak Hasan dan Mak Munah dibawa ke luar rumah. Jarak rumah Pak Hasan dan jiran yang lain menyukarkan mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Pak Hasan dan Mak Munah dibaringkan ke tanah sambil dua pucuk pistol dihalakan tepat ke kepala mereka. Dengan satu tembakan sahaja pasti akan bersepai kepala mereka berdua. Pak Hasan sempat melihat ke wajah Zack dengan matanya yang agak kabur dek air mata yang sejak dari tadi belum berhenti mengalir. Pak Hasan ingin melihat wajah Zack sambil berpesan untuk kali terakhir.
“Zack, anak ayah.Ingatlah pesan ayah tadi dan jadilah insan yang berguna apabila besar nanti. Sampai disini sahaja jodoh pertemuan kita sekeluarga didunia. InsyaAllah di akhirat pasti ada balasan baik untuk kita sekeluarga”kata Pak Hasan sebak sambil menitipkan pesanan untuk kali terakhir kepda Zack.

Suasana yang hening menjadi tidak keruan. Suasana yang riuh dengan kicauan burung serta-merta menjadi sunyi sepi. Petang yang cerah menjadi sedikit suram bagaikan suramnya perasaan anak kecil bernama Zack ketika itu. Zack hanya mampu memerhati dari jauh ketika itu. Ketakutan yang melampau membenihkan satu perasaan yang sukar diduga dalam dirinya.Tiba-tiba Botak bersuara memecahkan keheningan suasana.

Ah, sudah-sudahlah dengan air mata ni semua.Menyampah aku tengok.Lagi cepat korang mati, lagi cepat langsai kerja aku.Upah lumayan pun aku dapat.Hahahahahaha. Setelah menghabiskan kata-kata yang menyakitkan hati dan telinga itu, Botak dan Man segera menarik picu pistol yang digenggam masing-masing dan BAAAAMMM. Pistol masing-masing memuntahkan peluru menembusi kepala dua insan yang teraniaya.




“Ibu, ayah”. Zack menjerit sambil bangkit dari pembaringan. Peluh memercik di dahi dan pakaian tidur yang dipakai basah lencun dek peluh. Zack memerhati keadaan sekeliling biliknya dengan wajah kebingungan dan kecelaruan. Yang kelihatan hanya kegelapan malam dan bunyi bising kipas yang berkeriuk memecah kesunyian malam.

“Ah, apa kena dengan aku ni? Kenapa aku asyik mimpi benda yang sama je setiap malam. Siapa mereka berdua yang dibunuh tu? Kenapa aku menjerit memanggil mereka ibu dan ayah. Kalau mereka orang tua aku kenapa tak ada sedikit pun ingatan aku terhadap mereka?” Zack bermonolog sambil benaknya masih memikirkan perihal mimpinya itu. Tanpa memikirkan dengan lebih lanjut soal mimpinya, Zack lantas ke bilik air untuk berwudhuk. Dengan berwuduk dan bersolat hati akan menjadi tenang. Zack teringat pesanan ustaz yang mengajarnya sewaktu zaman persekolahan dulu. Qiamullail atau bersolat malam amat besar fahilatnya. Sesiapa yang berqiamullail akan sentiasa tenang dan berada dalam rahmat Allah. Sebab itulah dengan masa yang masih bersisa sebelum subuh, Zack ingin mendapat rahmat Allah dengan bersolat malam.

Seusai solatnya, Zack bermunajat dan berdoa kepada Allah agar sentiasa mengurniakan keselamatan didunia dan akhirat kepadanya dan kedua ibubapanya. Walaupun tidak kenal orang tuanya namun Zack berasa bertanggungjawab untuk mendoakan mereka kerana tanpa mereka dia tidak akan lahir ke dunia ini

No comments:

Post a Comment